Pernah popular dengan single Hantu atau Buaya, penyanyi Nana Sheme kini kembali mempertaruhkan single terbaru berjudul Ragu-Ragu.

Pada tahun 2017, Nana membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni untuk memberikan tumpuan penuh untuk menghabiskan pelajaran di peringkat sarjana muda.

Kembali aktif sekitar tahun 2019, Nana kembali rajin menyanyikan lagu cover di laman YouTube.

Buat pertama kalinya, Nana melakukan kerjasama dengan ahli muzik dari negara jiran, Indonesia.

Ragu-Ragu merupakan ciptaan penyanyi serta komposer Nadya Fatira dan lagu ini digubah oleh Barry Maheswara, seorang produser dari Indonesia yang sebelum ini pernah mengubah lagu untuk artis-artis Indonesia seperty Rizky Febian dan Mytha Lestari.

Dalam usaha untuk juga mengeksport karya Nana ke negara jiran, muzik video Ragu-Ragu juga memperkenalkan Rizky Billar, seorang pelakon baru di Indonesia yang popularitinya semakin meningkat dan mempunyai 1.4 juta followers di Instagram.


Selain itu, muzik video Ragu-Ragu juga melibatkan Asyraf Rozami, seorang YouTuber tempatan yang kini sedang menempa nama.

Lagu Ragu-Ragu boleh didapati di semua platform streaming bermula 10 April 2020 dan muzik video akan disiarkan di YouTube Nana Sheme pada 4 April 2020.

Ragu-ragu merupakan sebuah produk XENO Music, sebuah syarikat rakaman di Malaysia dan diedarkan oleh SONY Music Entertainment Malaysia.