Pelakon Hun Haqeem mengakui pernah memiliki berat badan sehingga 120kg dan pernah diejek kerana berbadan besar.

Bagaimanapun kata Hun Haqeem, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap mereka yang pernah menghina bentuk badannya itu.

Malah, pelakon Cinta Belum Tamat Tempoh ini menjadikan ejekan tersebut sebagai kata-kata semangat untuk bangkit.

Hasil daripada semangat positifnya itu, Hun Haqeem berjaya menurunkan 50kg berat badan dan mengubah penampilan dirinya seperti sekarang.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap mereka, malah mereka kawan-kawan yang ada disamping saya sehingga hari ini.

“Untuk apa kita bersikap negatif sedangkan kita boleh menjadi positif. Saya tidak ambil hati sebaliknya kata-kata mereka buat saya jadi lebih bersemangat nak ubah diri saya.

“Saya nekad pergi ke gym dan jaga pemakanan saya sehinggalah berat saya turun kepada 70kg. Saya ada kongsi di Instagram foto ketika saya berbadan gempal.

“Buat apa nak malu, sekurang-kurangnya boleh menjadi pembakar semangat buat orang lain,” katanya kepada Gempak menerusi segmen #ArtisDudukDiam di IGLive baru-baru ini.

#GempakNews : Serius la dulu berat @hunhaqeem 120 KG? ? . Korang boleh layan video penuh #ArtisDudukDiam bersama Hun Haqeem dan ramai lagi artis di gempak.com/dudukrumah atau klik je link di bio. . Stay safe, stay home, stay entertained. #gempak #astrogempak #ArtisDudukDiam #COVID19 #HapusCOVID19 #Kekaltenang #DudukRumah #StayHome #BePositiveStayNegative

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Dalam pada itu, Hun Haqeem sempat meninggalkan pesanan buat semua supaya terus bersabar dan positif duduk di rumah dan patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Terus duduk di rumah kerana dengan cara itulah kita sama-sama dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini dan membantu semua barisan hadapan kita.

“Buatlah apa-apa sahaja perkara yang anda suka, asalkan tidak melampaui batas dan kekal di rumah,” katanya.