gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pertama Kali Catwalk KLFW2025, Bella Astillah Nervous - “Design Baju Saya Serah Sepenuhnya Kepada…”
HIBURAN
Sofyank Syukur Dapat Jumpa Jackie Chan Di Beijing, Impikan Kolaborasi Suatu Hari Nanti - “Bertentang Mata & Berbual Pun Dah Cukup”
VIRAL
Power Of Sedekah! Prince Syed Kongsi Rezeki RM800,000 Dengan Followers, Rumah Anak-Anak Yatim - "Lagi Banyak Kita Bagi, Lagi Banyak Allah Balas"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Acha Septriasa Ditalak 5 Kali, Bergaduh Sejak Tahun 2021

Maliah Surip
Maliah Surip
08/08/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Acha Septriasa Ditalak 5 Kali, Bergaduh Sejak Tahun 2021
Berita perceraian pelakon Acha Septriasa dan suami, Vicky Kharisma masih mengejutkan peminatnya.
Hal yang demikian, pasangan yang menetap di Australia selepas berkahwin itu selalu terlihat bahagia terutama di media sosial.
Namun ternyata pasangan yang berkongsi seorang anak perempuan ini sudah berdepan masalah rumah tangga sejak tahun 2021.
Konflik yang berpanjangan membuat Acha dan Vicky yang sudah berkahwin selama 10 tahun tidak lagi tinggal bersama sejak 2024.
Fakta yang mengejutkan juga, sepanjang 2021 sehingga 2024, bintang filem Qudrat ini telah dijatuhkan talak sebanyak lima kali.
Kesemua fakta tersebut diketahui melalui salinan dokumen yang diperoleh Kompas daripada Majelis Hakim Pengadilan Agama Jakarta Pusat pada 19 Mei 2025.
Menerusi dokumen tersebut, perseteruan paling teruk terjadi pada 1 April 2023 apabila keduanya saling tolak-menolak dan Acha mendapat lebam pada tangan kanan.
Vicky juga disifatkan tidak bijak mengawal emosi apabila mudah menjatuhkan talak terhadap pelakon itu baik terkait hal kecil sehingga kewangan.
Malah sepanjang Oktober 2021 sehingga November 2024, Vicky sudah menjatuhkan talak sebanyak lima Kali kepada Acha.
“Vicky sangat mudah menjatuhkan talak, ia tidak tercermin dengan sikap seorang suami yang perlu menjaga martabat keluarga,” begitu kenyataan yang tertulis dalam keputusan majlis hakim.
Sepanjang berdepan konflik, pasangan itu sempat mahu didamaikan oleh satu pihak namun tidak berjaya. Acha kemudian membawa anak perempuannya keluar daripada rumah pada tahun lalu.
Pasangan ini kemudian disahkan bercerai pada Mei 2025 namun sehingga kini keduanya belum memberi kenyataan rasmi mengenai perpisahan tersebut.
Topic Berkaitan
#Acha Septriasa
#cerai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement