Ada banyak cara untuk kita semua menzahirkan sokongan dan memberi semangat antara satu sama lain dalam berdepan cabaran ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Salah satunya ialah menerusi nukilan karya lagu sebagai tribute khususnya kepada mereka yang banyak berjasa dan berkorban dalam memastikan keselamatan kita semua terjamin.

Bahkan, jika diperhatikan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, golongan penggiat seni hiburan tanah air turut mengambil inisiatif berganding bahu menghasilkan lagu-lagu yang cukup bermakna sebagai lambang penyatuan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Ada lagu dalam versi bahasa Melayu, Mandarin, Inggeris dan lain-lain lagi untuk kita sama-sama hayati bersama.



Ini antara judul lagu tribute yang Gempak boleh kongsikan kepada anda termasuklah 'Sentiasa Di Sini' yang kini sudah mencatatkan jumlah tontonan tertinggi sebanyak 2.2 juta.

1. Sentiasa Di Sini (26 Artis by Astro Gempak)
2. Make It Through (Faizal Tahir & Zee Avi)
3. Sumandak (Faizal Tahir)
4. The Climb (Danny-Ahboy Channel)
5. #JanganKeluar (Universal Music Malaysia)
6. Stay Safe@ Home ( Datuk Sheila Majid, Jaclyn Victor, Ah Niu, Ana Rafali & Altimet)
7. #HopeForMalaysians- Arena Cahaya (Zee Avi)
8. Doa Wira Negara (Harry Khalifah)
9. Buat Semua Rakyat Malaysia Yang Dikasihi (Nourul Depp)
10. Sama-Sama Sehati (Datuk Seri Siti Nurhaliza)

Walau apa jua bahasa yang digunakan, penghasilan naskhah tribute itu menjadi bukti bahawa muzik mampu menjadi lambang penyatuan buat kita semua dalam berdepan cabaran getir ini.

BACA: Capai 2 Juta Tontonan Dalam 7 Hari, Muzik Video Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Memang Padu!

Jadi, apa kata jom sama-sama kita layan lagu Sentiasa Di Sini yang dinyanyikan oleh 26 artis tempatan.

BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!




Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!