Skip to main content

Budaya Popular

Hubungan Bersama Fify Azmi Sudah Berakhir, Ini Respon Niezam Zaidi

astro_gempak_niezam_fify.jpg

Pelakon, Niezam  Zaidi memilih untuk mengunci mulut ketika ditanya mengenai status hubungannya bersama aktres, Fify Azmi.

Ketika ditemui Gempak, Niezam  memohon maaf dan memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut. 


"Dengan rendah diri, saya minta maaf tapi saya tak nak komen mengenai perkara tersebut," katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai adakah hubungan masih lagi baik, pelakon drama Dia Bukan Syugra itu tidak mahu berkata apa-apa.

“No komen, maaf,” ujarnya.

Terdahulu, status hubungan Niezam  dan Fify meraih perhatian netizen selepas aktres itu menyatakaan tidak lagi mempunyai hubungan istimewa bersama aktor itu.

Sebelum ini Fify dan Niezam dikhabarkan sedang hangat bercinta dan bahkan didakwa merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Must-Watch Video