Jika sebelum ini, isteri kepada Da'i Farhan, Dr. Erin berkongsi kepada Gempak mereka bertemu dan berpaut cinta di bumi Makkah, lain pula pendedahan terbaharu ini.
BACA: [VIDEO] "Ini Perkahwinan Ketiga Saya" - Isteri Baru Da'i Farhan Buka Cerita, Dedah Cinta Tiga Hari Di Makkah!
Kata Erin, Farhan telah mendapat kebenaran dari isterinya, Fatin Nurul Ain sebelum mereka berangkat untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober tahun lalu.
"Saya menerima pinangan Ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat utk menyembunyikan pernikahan kami.
"Ustaz telah submit file permohonon poligami pada 10/10/ Ustaz juga berulang alik ke Kedah jumpa ayah saya utk mengisi segala borang yang diperlukan untuk permohonan pernikahan.
"Ustaz memang ada trip ke Makkah pada 13 Oktober jadi saya buat keputusan untuk pergi umrah sekali dan terpaksa ambil pakej VVIP bilik seorang.
"Setiba je di Makkah Ustaz terus mencadangkan untuk kami nikah terus, saya pun setuju," cerita Erin pada Selasa.
Selepas dua bulan bergelar isteri muda, mahligai yang dibina Farhan dan Fatin mulai berantakan.
"Selama 2 bulan hidup kami sangat harmoni. Ustaz akan tidur bergilir-gilir rumah saya dan rumah madu selang sehari.
"Saya ingat semuanya okey dan aman damai," tambahnya.
BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara
BACA: Selepas Nikahi Janda Anak 8, Da'i Farhan Didakwa Cerai Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Hamil Menerusi WhatsApp
BACA: Isteri Da'i Farhan Mengaku Kena Cerai Talak Satu Melalui WhatsApp, Nafi Nusyuz! - "Saya Terima Takdir Selepas Terima Orang Ketiga ..."
Selepas kisah perkahwinan mereka tular, pelbagai pihak mula bersuara hingga kata Erin ada yang mula melancarkan komplot untuk melihatnya dan Farhan bercerai.
BACA: "Rasa Nak Buat Novel Cinta Pengk*d Tak Kesampaian" - Isteri Da'i Farhan Perli Siapa?
"Selepas viral, saya dan Ustaz dimaki maha hebat oleh semua orang.
"Orang yang memviralkan kisah kami adalah kawan baik madu saya sendiri. Sudah tentu ini menjejaskan hubungan kami bertiga.
"Dia pernah ajak saya berjumpa tetapi Ustaz tak izinkan.
"Saya nak bagitahu, walaupun selepas kisah kami viral Ustaz tetap tak ada terfikir untuk bercerai dengan madu saya. Walaupun dihina dimaki kami cuba sabar tapi kami hanya manusia biasa.
"Kami juga diuji dengan perasaan marah bila kami tahu ada cubaan dari beberapa individu untuk mencari segala aib saya dengan tujuan memburukkan saya kepada semua.
"Bagaimana kami tahu komplot jahat ini adalah dari telefon madu saya sendiri. Ustaz berjaya merampasnya dan ada banyak mesej perbualan benda ini.
"Berlaku campur tangan orang luar yang menghasut lebih-lebih mentua Ustaz sendiri yang memaksa untuk menceraikan anak mereka," dedah Erin lagi.
BACA: Isteri Da'i Farhan Berdamai Dengan Bekas Madu, Tak Tolak Suami Rujuk Balik Dengan Bekas Isteri
Erin juga turut memaklumkan dia dan Farhan kini telah bercerai.
BACA: "Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir
Amri Hassan
Tue May 05 2020
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.