Pawagam-pawagam di Malaysia dijangka akan mula dibuka pada bulan Julai selepas penutupannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hujung Mac lalu.

Memetik laporan The Star, tiga filem antarabangsa yang paling ditunggu-tunggu seperti The Purge 5, Tenet dan Mulan sudah mendapat tarikh tayangannya iaitu pada Julai ini.

Menerusi laman sosial Facebook salah satu pawagam terkenal Golden Screen Cinemas, pihak mereka sudah mula mengeluarkan bayangan bahawa pawagam akan dibuka semula pada Julai dengan mempromosikan filem terbaru arahan Christopher Nolan berjudul Tenet.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak sabar mahu menjejakkan kaki ke pawagam.



Malah, mereka bersedia dengan gaya hidup baru dan meminta pihak pawagam untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan COVID-19 seperti mengamalkan penjarakan sosial antara penonton di dalam pawagam serta disenfeksi menyeluruh.

Berikut merupakan tarikh baru filem antarabangsa yang dijangka keluar pada pertengahan tahun 2020:
  1. Tenet - 16 Julai
  2. Mulan - 23 Julai
  3. Wonder Woman 1984 - 13 Ogos
  4. A Quiet Place 2 - 3 September
  5. The Conjuring: The Devil Made Me Do It - 10 September
  6. The King’s Man - 17 September
  7. Death On The Nile - 8 October
  8. G.I. Joe Snake Eyes - 22 Oktober
  9. Black Widow - 5 November
  10. Godzilla Vs Kong - 19 November
  11. Soul - 19 November
  12. No Time To Die - 26 November
  13. Free Guy - 10 Disember
  14. Dune - 17 Disember
  15. Top Gun Maverick - 24 Disember