Sambutan Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa dendangan lagu Hari Raya.
Tidak dapat dinafikan, lagu hari raya klasik adalah antara yang sering menjadi pilihan ramai.
Malah aura yang ada pada lagu sedemikian membuatkan ramai penyanyi baharu berminat untuk merakamkannya semula dengan cara dan gaya tersendiri.
Terbaru, pasangan suami isteri popular, Fattah Amin dan Nur Fazura mengembalikan nostalgia apabila merakamkan semula lagu Hari Raya klasik yang pernah dipopularkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid berjudul Seloka Hari Raya.
Lagu ini disusun semula oleh Mel Ramlan dan Mohariz Yaakup
Mengulas pemilihan lagu itu, Fattah mengakui keistimewaan serta aura yang ada pada lagu itu membuatkan dia dan Fazura berminat untuk merakamkannya semula mengikut cara mereka yang tersendiri.
“Semua orang tahu lagu ini ada tarikan yang tersendiri dan diminati ramai. Justeru apabila pihak label, Univeral Music Malaysia memberikan idea untuk kami merakamkan lagu ini, kami terus bersetuju.
“Saya sangat suka dengan versi baharu lagu ini yang ada unsur remix hasil gubahan komposer dan juga teman saya, Mel Ramlan,” kata Fattah dalam nada teruja.
Bagi Fazura pula, merakamkan kembali lagi ikonik itu adalah satu terjemahan penghargaan mereka kepada pencipta dan penyanyi asal lagu tersebut.
“Sebelum itu, ada juga cadangan yang mahukan kami merakamkan lagu baharu tapi bila ada usul seperti ini, kami terima sahaja tawaran itu kerana secara tidak langsung kita meraikan lagu lama yang kita tahu mempunyai ramai peminat,” ujar Fazura.
Bercerita mengenai pengalaman merakamkan lagu itu, penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini berkata dia dan Fattah merakamkan lagu itu secara berasingan.
“Lagu ini dirakamkan sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kami rakam di studio namun dibuat secara berasingan kerana Fattah pada masa itu sibuk kerana terbabit dalam penggambaran drama.
“Saya harap peminat akan menyukai lagu ini kerana ia juga adalah satu hadiah buat mereka yang menantikan sebuah lagu duet Hari Raya daripada kami,” ujarnya.
Lebih menarik, muzik video lagu ini bakal menyaksikan wajah Fattah dan Fazura diabadikan dalam bentuk animasi.
“Pelaksanaan PKP membuatkan penggambaran muzik video ini terpaksa dibatalkan, Bagaimanapun, saya dan isteri tampil dengan idea iaitu kami akan muncul dalam muzik video itu dalam bentuk animasi,” kata Fattah.
Melihat di ruangan komen YouTube lagu Seloka Hari Raya nyanyian Fattah dan Fazura, ramai peminat yang memberikan komen positif dan teruja dengan kecomelan muzik video terbabit.
Ada juga beranggapan yang suasana kampung yang ditampilkan dalam video terbabit menarik dan menggamit memori memandangkan ramai orang tidak dapat pulang ke kampung kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Berikut merupakan komen netizen:
Lagu Seloka Hari Raya pasangan ini boleh didapati di semua pelantar digital bermula 15 Mei 2020 dan muzik video dilancarkan pada 16 Mei 2020 di YouTube Universal Music Malaysia.
Kamaruddin Razal
Sun May 17 2020
Dua Individu Kantoi ‘Berasmaradana’ Atas Jalan Raya? Netizen: “Tak Panas Ke?”
Rakaman dua individu yang didakwa melakukan hubungan intim di atas jalan raya meraih pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…
Demikian jawapan yang diberikan oleh Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim apabila disoal mengenai wanita tersebut.
Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Bakal Beri Kenangan Istimewa Buat Peminat
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa iaitu ‘Jilid Rockerstra Ella: Rockers Juga Manusia’.
AirAsia Perkenal Nursing Cover Untuk Juruterbang & Kru Kabin Baru Jadi Ibu
Sempena meraikan Hari Ibu, AirAsia mengumumkan penambahan kain penutup penyusuan kepada kit pakaian seragam juruterbang dan kru kabin yang baru bergelar ibu.
Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Avril Lavigne Komen Teori Konspirasi Telah Mati & Diganti Wanita Berwajah Sama
Avril Lavigne merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada awal tahun 2000 dengan genre pop-punk.
[PROMO] Uji Bakat INNOVATHON Musim Ke-2
INNOVATHON KEMBALI! ANDA ADA IDEA YANG MENARIK?
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.
Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh
LARRIE Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SMK Sungai Choh, Rawang dalam inisiatif pengindahan sekolah di bawah program Jom Kembali Ke Sekolah.