HIBURAN
Zehra Zambri Dakwa Suami Gagal Dihubungi - “Kali Ini Terus Ghaib, Hilangkan Diri”
Penyanyi Zehra Zambri, 38, meluahkan rasa kesal dan mendakwa suaminya Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, menghilangkan diri dan tidak memberikan sebarang respon sejak awal Julai lalu.
Menurut Zehra, peguam yang mewakilinya juga gagal menghubungi Iqwan bagi membincangkan proses perceraian mereka.
“Kami berkomunikasi kali terakhir sewaktu dia melawat anak yang sakit di hospital pada 10 Julai lalu.
“Saya cuma berhubung mengenai keperluan anak tapi tak ada respon.
“Sebelum ini dia adalah jawab okay…tapi kali ini terus ghaib dan menghilangkan diri,” ujarnya.
Zehra berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat, pada Rabu.
Zehra yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi ditemani bapanya Zambri Ahmad, tetap dengan pendirian enggan menggugurkan empat daripada lima tuntutan yang dikemukakannya dalam permohonan perceraian.
Antaranya tiada persefahaman suami isteri, culas menjalankan tanggungjawab, sikap suami, pengabaian dan perkahwinan yang sudah tidak dapat diselamatkan.
Iqwan sebelum ini hanya bersetuju dengan satu tuntutan iaitu tiada persefahaman justeru enggan menceraikan isterinya.
Dalam pada itu, Zehra berharap proses Hakam Islah pada hari ini akan berjalan lancar.
“Saya tak tahu macam mana pendirian defendan. Tapi saya harap semuanya akan berjalan lancar,” katanya.
Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara 'fast track' ke atas suaminya selepas mendakwa lebih tiga tahun berusaha mempertahankan rumah tangga mereka, namun menemui jalan buntu.
Mahkamah kemudian memutuskan agar pasangan terbabit melantik wakil bagi menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) disusuli lantikan hakam selepas tiada lagi jalan penyelesaisn
Zehra dan Nur qwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela.
Must-Watch Video