Pelakon Nina Iskandar mendedahkan penjagaan kulit wajah tidak lagi menjadi keutamaan bagi dirinya semenjak bergelar ibu kepada Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang lahir pada 23 Disember tahun lalu.
Menurut Nina, perubahan itu ternyata berbeza kerana sebelum ini dia seorang yang menitikberatkan soal kecantikan.
"Yang benar adalah saya tidak menjaga kulit saya. Saya tidak mempunyai masa lagi. Sebelum saya menjadi ibu, ya. Memang saya jaga kulit. Pakai mekap, kemudian kena sepenuhnya bersihkan solekan terutama sebelum tidur.
"Basuh muka seperti biasa dua kali sehari, pakai topeng muka sekali atau dua kali seminggu, buat 'facial' setiap bulan.
"Toner, serum, pelembap, semua tu wajib ada. Dan ke mana sahaja saya pergi. Sekarang, nak pakai makeup pun susah sangat. Kadang-kadang, sampai terlupa nak pakai pelembap. Apatah lagi toner, serum.
"Memang dah habis dan tak beli sampai sekarang. Kali terakhir saya bercerita mengenai kulit dan rutin penjagaan kulit adalah semasa trimester terakhir saya dan itu sahaja. Sekarang kalau ada jerawat pun, saya tidak peduli lagi," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, pelakon drama Andainya Takdir 2 itu menyatakan dia juga turut mengalami masalah keguguran rambut yang teruk selepas melahirkan anak.
Namun, bagi pemilik nama Nur Akmalina Iskandar ini, dia tidak berasa malu untuk berkongsi kepada umum kerana ia normal untuk golongan ibu.
"Dan mengenai rambut saya? Tipulah saya katakan rambut saya tak gugur. Saya mengalami keguguran selepas bersalin dan sangat teruk.
"Dulu saya pernah kongsikan kisah saya, betapa teruknya. Memang segenggam tu rambut saya walaupun hanya sentuh rambut atau mahu membetulkan sanggul saya.
"Bayangkan semua rambut itu, setiap kali saya melepaskan rambut, menyikat, mencuci rambut saya. Setiap hari. Sejak bulan ketiga selepas bersalin.
"Tak lama lagi saya masuk set penggambaran memang nak kena pakai rambut palsu sebab dah botak mungkin.
"Saya tidak malu untuk berkongsi ini dengan anda semua. Kerana semua wanita mengalami keguguran selepas bersalin. Antara teruk atau tidak, sekejap atau lama sahaja. Ini adalah proses semula jadi. Jadi tolong bertahan di sana," tulisnya lagi.
Nina dan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan atau lebih dikenali Lan Lebah berkenalan ketika terbabit dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah.
Selepas empat bulan bernikah, pasangan itu mengadakan majlis persandingan mereka pada 4 Ogos 2019.
Zulaikha Yusof
Wed Jun 03 2020
Polis Tahan Pemandu Mabuk Langgar Atlet Kayak Hingga Parah
Polis menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini pada Sabtu.
Reen Rahim kasar, Ludah Suami, Netizen Terhibur?? | Motif Trending
Seronok bila kahwin dengan pasangan yang satu kepala dengan kita. Wah dah macam member baik pulak. Suka tengok relationship dorang!
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
#LayanOriJanganCuri
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
#LayanOriJanganCuri
Dekorasi Macam Rumah Orang Malaysia, Kediaman Cardi B Curi Tumpuan Netizen!
Penyanyi rap antarabangsa, Cardi B meraih perhatian netizen Malaysia gambar kediamannya dikongsikan oleh wargamaya di laman sosial. Hal ini kerana, dekorasi kediaman Cardi B itu dilihat persis seperti kediaman yang sering dilihat di rumah-rumah tempatan.
Didie Alias Dedah Asal Usul Nama Pentasnya – “Alias Tu Punca Dia Daripada Datuk Rosyam Nor”
Selebriti versatil, Didie Alias bercerita tentang asal usul nama pentasnya dalam satu wawancara bersama pempengaruh Ubai menerusi program Borak Dulu Baru Kamu.
“Orang Kata Besar Periuk, Besarlah Keraknya” - Respons Awal Ashaari Ini Dipertikai Netizen
Tampil lantang mempertahankan diri mengenai isu boikot Blockout 2024 yang membabitkan dirinya, respons pengacara Awal Ashaari terima pelbagai reaksi daripada netizen.
Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia. Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk ya
“Periksa Dulu Fakta Sebelum Menuduh” - Kelab Peminat Tampil Pertahan Ning Baizura
Kelab peminat penyanyi Ning Baizura, Ning Baizura Live tampil mempertahankan penyanyi terbabit susulan didakwa tidak peka isu mengenai “All Eyes On Rafah”.
Gerakan Blockout 2024 Berleluasa, Ceddy Ang Kongsi Pengalaman Dilamar Produk Dalam Senarai Boikot
Susulan kempen secara besar-besaran memboikot selebriti-selebriti dan pempengaruh yang dikatakan bekerjasama dengan produk-produk yang memberi sumbangan terhadap Zionis, influencer dan pencipta kandungan, Ceddy Ang tampil berkongsi pendapatnya di Platform X. Menurut Ceddy, sebagai seorang pencipta kandungan, dia tidak menafikan bahawa agak beri
“Malu Dengan Western People All Out Boikot” - Lufya Omar Bersuara Isu Blockout 2024, Tak Kisah Hilang Kawan
Susulan gerakan Blockout 2024 yang dilancarkan oleh pengguna media sosial, penyanyi Lufya Omar juga turut tampil menegur sikap beberapa selebriti.
Masih Follow Di Instagram, Sarah Dakwa Ruhainies Masih Contact Aliff Aziz
Selepas lama juga mendiamkan diri, Sarah Yasmine tampil dengan kenyataan baharu melibatkan aktres sensasi Ruhainies.