Pelakon Ramona Zamzam mengakui anak sulungnya, Ivanna Alashkar tidak diajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
Menurut Ramona, keputusan itu dibuat selepas mendapat saranan daripada doktor untuk menggunakan satu pilihan bahasa sahaja yang sama digunakan bersama suaminya yang merupakan warga Palestin.
"Sebenarnya ramai yang tanya soalan sama (sama ada anak faham Bahasa Melayu). Jawapannya, tak faham. Ia dicadangkan oleh doktor kami.
"Masa awal-awal kami bercakap dengan Ivanna ayahnya cakap bahasa Arab. Dia pergi tadika Cina jadi cikgu-cikgu dia cakap Mandarin dengan dia. Saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di rumah, tapi doktor cakap nanti bimbang Ivanna keliru.
"Sebabnya bahasa utama kami (saya dan suami) di rumah Bahasa Inggeris. Cadangannya ialah satu orang hanya cakap satu bahasa sahaja, jadi saya kekal dengan Bahasa Inggeris untuk elak kekeliruan," jelasnya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya.
Menurut Ramona, biarpun anaknya diajar bertutur dalam Bahasa Inggeris, dia yakin satu hari nanti, Ivanna akan tetap dapat menguasai pertuturan dalam bahasa Melayu kelak.
"Bukanlah sebab saya memang tak mahu ajar anak cakap Bahasa Melayu. Bahkan, saya bangga nak katakan yang subjek Bahasa Melayu memang selalu skor A.
"Cuma, saya percaya, kalau dah tinggal di Malaysia, 100 peratus yakin Ivanna akan pandai cakap Melayu. Sekali-sekala ada juga terlepas cakap Melayu, tapi saya fokus lebih kepada Bahasa Inggeris," jelasnya.
Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.
Saksikan drama lakonan Ramona Zamzam di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
ZULHILMI JALIL
Thu Jun 04 2020
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.