Pelakon dan model, Fara Mendoza, 32, menang saman malu atau fitnah ke atas pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.
Menurut laporan Harian Metro, saman malu terbabit difailkan peguam Fara pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.
Kata Fara, dia bersyukur kerana kemenangan berpihak kepadanya yang difitnah.
"Selama lima bulan juga saya berjuang untuk kes ini selepas terganggu dengan penyebaran gambar bogel dilakukan pihak berkenaan dan tuduhan mengugurkan anak," katanya.
Peguam Fara, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz berkata, antara tuntutan dibuat memohon perintah larangan atau injuksi mahkamah bagi menghalang sebarang kenyataan fitnah tidak terus dikeluarkan Zarina terhadap Fara.
"Selain itu, Fara juga meminta permohonan maaf secara umum dibuat Zarina kepadanya di atas fitnah disebarkan. Turut diminta juga adalah beberapa bayaran ganti rugi dengan segala kos itu dibayar pihak Zarina," katanya.
Muhammad Akram berkata, perbicaraan pertama dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu.
Katanya, selepas mahkamah berhenti bersidang selama dua bulan, sebutan kes berlangsung semula pada 21 Mei lalu di Seremban dan Zarina atau wakil peguamnya tidak hadir.
"Maka, mahkamah berkuasa memberi penghakiman yang mana segala tuntutan difailkan Fara pada Januari lalu terhadap Zarina dibenarkan.
"Pun begitu, berapa jumlah taksiran ganti rugi yang dimenangi Fara untuk kes ini belum diketahui lagi," katanya.
Muhammad Akram juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum membuat kenyataan bertulis ternasuk apa saja perkongsian di media sosial.
Katanya, sebelum mahu berkongsi sesuatu paparan di media sosial sepatutnya berfikir masak-masak terlebih dulu.
Ini kerana, walaupun akan dipadamkan selepas itu tetapi kemungkinan apa yang dipapar sudah dikongsi oleh masyarakat kepada umum.
Sumber: Harian Metro
Kamaruddin Razal
Fri Jun 05 2020
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.