Pelakon Fasha Sandha menerima doa yang baik daripada wargamaya apabila ramai yang mahu dirinya kekal berhijab.

Mula mengenakan hijab sejak bulan Ramadan yang lalu, Fasha berkongsi sebuah foto menerima hadiah istimewa berupa tudung daripada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah.

“Rayakan sebulan, terima kasih Shuib dan Sarah hadiahkan tudung Solehah,” tulis Fasha sebagai kapsyen.

Rayakan sebulan ❤️ Terima kasih Sarah and Shuib hadiahkan tudung Solehah ❤️ . . . ? @lovetahq

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Menerusi perkongsian itu juga, Fasha tampil cukup ayu dan sopan apabila mengenakan tudung labuh melepasi paras dada hasil pemberian pasangan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja dengan imej baru Fasha dan berharap ia berkekalan.

Malah, ramai yang turut mendoakan Fasha agar urusan melahirkan bayi dalam kandungannya dipermudahkan.

“Cantik, semoga Fasha istiqamah bertudung. Saya doakan yang terbaik untuk Fasha sekeluarga,” doa seorang wargamaya.



“Kekalkan berhijab ya Fasha. Sweet sangat, sejuk mata memandang,” komen seorang wargamaya.

“Cantiknya sis pakai tudung. Semoga istiqamah ya,” kata seorang wargamaya.

“Semoga kak Fasha terus istiqamah dan Insya-Allah semoga semua urusan dipermudahkan,” pinta seorang wargamaya lagi.

Untuk rekod, Fasha berkahwin dengan aktor Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima, hasil perkahwinan pertama Fasha bersama Rizal Ashram yang terlerai pada tahun 2016.

Fasha kini muncul dalam filem Ada Apa Dengan Dosa ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun lalu.

Selain Fasha, filem terbitan Pencil Pictures & Records itu turut dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.