Pelakon Mawar Rashid mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua.

Perkara itu dimaklumkan Mawar menerusi akaun Instagramnya pada Ahad.

"Alhamdulillah.. Syukur.. doakan baby kedua Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.

"Doakan Mawar juga tau.. kali ini alahan teruk sikit. Itu yang slow sikit online.

"Ramai request buat Barbie Challenge, tapi tak larat. Sorry gais.

"Banyak lagi nak buat challenge lain tapi semua tergendala. doakan alahan cepat clear... loya teruk kali ni," katanya.

Alhamdulillah.. Syukur.. doakan 2nd baby Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.. . . Doakan Mawar jugak tau.. kalini alahan teruk sikit.. tu yang slow sikit online.. ramai request buat barbie challenge, tapi x larat.. sorry gais.. bnyk lagi nak buat challenge2 lain.. tapi semua tergendala.. doakan mekwa alahan cepat clear tauuu.. loya teruk kali ni ?

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on


Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.