Aktres Mawar Rashid, 25, menyatakan pada awalnya dia tidak menyedari sedang berbadan dua walaupun tidak datang bulan.
Kata Mawar, dia mengetahui tentang kehamilan ini selepas dia dan suami bertemu dengan pakar Ginekologi (Gynaecology) pada minggu lepas.
"Saya dapat tahu tengah berbadan dua ni masa minggu lepas. Mula-mula saya ingatkan period tak datang disebabkan hormon. Lepastu saya pergi buat pemeriksaan, keputusan dia negatif. Saya buat juga ujian kehamilan (pregnancy test) masih sama juga.
"Jadi saya anggap tak hamil. Dalam masa yang sama, saya risau memikirkan kenapa period saya tak datang. Dengan asyik rasa nak muntah ja selama dua minggu.
"Lepastu suami ajak berjumpa dengan gynae sebab risau hormon saya bermasalah. Dekat situ la saya tau tengah hamil. Dah besar pun baby, saya yang tak perasan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain berkata proses kehamilan kali kedua ini sangat berbeza dengan anak pertamanya iaitu Raden Muhammad Rafael.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid sentiasa berasa mual dan hanya makan makanan yang tertentu dalam kuantiti yang sedikit.
"Masa kehamilan pertama tak macam ni, yang kedua ini benar-benar bertentangan.
"Bila alahan ni dia boleh ja makan cuma memilih sikit. Makan benda yang rasa nak makan ja. Kalau makan pun dalam kuantiti yang sikit.
"Dia rasa nak muntah ja itu yang lemah satu badan. Saya dengan bau masih okey lagi cuma rasa mual sepanjang masa," katanya lagi.
Isteri kepada adik penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob ini turut mendedahkan anak lelakinya berubah menjadi terlebih manja dan sentiasa inginkan perhatian.
"Saya dah bagitau Rafael yang dalam perut ni ada adik. Dia macam faham. Dia cium perut saya.
"Bila dah tau ja dia akan ada adik jadi terlebih manja sekarang ini. Nak sentiasa didukung tapi saya kena kurangkan la sekarang. Tak lama lagi nak jadi abang tu yang sentiasa nak perhatian," kata Mawar.
Terdahulu, Mawar mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua menerusi akaun Instagramnya.
BACA: "Kali Ni Alahan Teruk" - Mawar Rashid Hamil Lagi, Tak Sempat Buat Barbie Challenge
Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.
Zulaikha Yusof
Tue Jun 16 2020
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.