Filem Town Mall mencipta sejarah tersendiri apabila terus mendaki tangga pertama carta filem Top 5 Astro First.

Biarpun baru sahaja ditayangkan semalam, filem yang mengangkat genre seram ini terus memikat hati penonton di pawagam rumah masing-masing.

Filem Town Mall menewaskan Pon Magal Vandhal yang berada di tangga kedua dan filem Syif Malam Raya di tangga ketiga.

Filem bergenre Islamik, Ada Apa Dengan Dosa masih utuh di tangga keempat dan filem Indonesia, Lampor Keranda Terbang menduduki tangga kelima.

Perghh!! Town Mall di tangga teratas hari ini! Terima kasih kepada semua yang telah menonton! . #Repost @astrofirsteksklusif : Town Mall #1 hari ini diikuti filem Tamil #2 Pon Magal Vandhal. Terima Kasih atas sambutan anda. Korang yang masih belum menonton? Sewa dan strim On Demand atau Saluran 480. . @eizlanyusof @adamshahz @reenrahim @intanladyana @jalaludinhassan @noralbaniah @errypu7ra @farahdhiya_fd @nynaaharizalll__ . . #townmall #filemtownmall #noveltownmall #janganabaikanapayangkaulihat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #Top5FilemAstroFirst #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Selepas kejayaan Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa yang mencipta fenomena tersendiri, Astro Shaw bakal membawakan filem Town Mall ke pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.


Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!


Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.