gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sheila Majid Sambut 40 Tahun Perjalanan Dalam Industri Dengan Single Moving On - “Tak Ikut Trend, Saya Kejar Jiwa”
HIBURAN
Suami Pempengaruh Dakwa Syada Amzah Cuba Pecah Belahkan Rumah Tangga - “Kau Tak Dapat Ajak Bini Aku Pergi Club, Kau Buat Cerita...”
VIRAL
Pempengaruh Dakwa Rumah Tangga Diganggu Bekas Hijab Stylist Selebriti Terkenal - “Ajak Suami Aku Masuk Bilik”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kongsi Pengalaman Zaman Sekolah, Ayda Jebat Terpaksa Pindah Sebab Diganggu ‘Pengawas Perempuan’ - “Dekat Sini Banyak Lesbian!”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
31/07/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Pengalaman Zaman Sekolah, Ayda Jebat Terpaksa Pindah Sebab Diganggu ‘Pengawas Perempuan’ - “Dekat Sini Banyak Lesbian!”
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi pengalaman ketika dia di tingkatan satu sekolah perempuan.

Tak tahan mental

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda memberitahu keterujaan untuk memasuki sekolah yang terbaik bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zara Qairina: "Masih Ada Buat Fitnah Terhadap Kami" – Mustapha Sakmud

ARTIKEL BERKAITAN: Lucu! Ayda Jebat Kongsi Insiden Anak ‘Buang Hajat’ Dalam Kolam - “Berketul-Ketul Sayang!”

“Dulu tingkatan 1, saya sekolah di sekolah perempuan, ada asrama tapi sebab saya masuk lambat jadi asrama dah penuh. Jadi terpaksa ulang alik dari rumah ke sekolah, agak jauh dalam 40 minit jugak perjalanan.
“Mula-mula excited dapat masuk sekolah ni sebab ni antara sekolah perempuan yang terbaik dan hot, sebab akademik dan koku.

“Pelajar yang masuk straight A’s UPSR, paling sikit pun mungkin 4A. Kira bijak pandailah ya. Nak dipendekkan cerita, saya sekolah kat situ kurang daripada setahun.

“Sebab tak tahan! Tak tahan asyik kena ngorat sampai mental tak stabil dah nak belajar pun dah tak focus! Kena ngorat dengan ‘kakak-kakak’ senior,” kongsinya.

Pengawas sekolah

Berkongsi mengenai perkara itu, Ayda memberitahu ia bermula apabila ada seorang pengawas sekolah mula mengambil berat tentang dirinya sehingga memberi pelbagai hadiah.
Bagaimanapun, seorang pelajar senior berjumpa dengannya dan memberi amaran mengenai pengawas tersebut.
“Mula-mula ada pengawas yang jaga kelas saya ni (tua setahun daripada saya) dia macam care la kat kita. Macam kakak-kakak jaga adik. Kita pun baik la.

“Sampai tiba-tiba setiap hari dia mula bagi surat kat bawah meja, lepas itu bagi hadiah. Coklat la, sepit rambut la, patung la, cincin la eh. Nak kawin dgn aku ke haha!

“Lepas itu sekali, saya pergi toilet, ada seorang kakak lain (senior) ada dekat toilet. Dia tanya saya. ‘Adik, you dengan dia ni ke?’ Saya macam, hah? Couple? Pebenda.
“Dia kata ‘oh, sebab dia dah kecoh cakap you dia punya’. Kakak tu tanya, ‘dia ada bagi you hadiah or surat tak? Kalau ada hati-hati la ya. Sebab kalau dia suka, bahaya.’
“Peh! Lah… kau jangan nak karipap aku la haha! Kakak yang baik ni pesan hati-hati. Mula hari itu, saya dah cuba elak kakak pengawas tula,” katanya.

Tukar sekolah

Pelakon drama Mandul Bukan Pilihan ini berkata dia diganggu pengawas tersebut sehingga terpaksa memberitahu ibunya dan meminta untuk ditukarkan sekolah lain.
Jom baca perkongsian Ayda lebih lanjut di bawah;
Topic Berkaitan
#Ayda Jebat
#sekolah
#Pengawas
#Zara Qairina
#Kakak senior
#Sekolah perempuan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement