Pelakon Risteena Munim akur sebagai selebriti pasti berdepan kritikan dan pandangan negatif terutamanya dari 'haters'.

Enggan menjadikan sikap negatif individu lain punca dirinya tidak gembira, Risteena belajar untuk memaafkan.

"Biasalah ada orang suka dan ada orang tak suka dengan kita.

"Asalkan kita tak buat jahat pada orang dan sentiasa maafkan orang sudah cukup membuatkan hidup saya bahagia," katanya kepada Gempak.

Berkongsi sedikit perkembangan persiapan perkahwinan, kata Risteena dia dan tunang Isa Khan masih belum memilih tarikh sesuai untuk hari bahagia mereka.

Malah, Risteena belum membuat persiapan khusus menjelang majlis perkahwinan mereka.

"Belum ada persiapan sangat buat masa sekarang.

"Jika semuanya okay, kami akan plan semula secepatnya dan kami akan umumkan juga tarikhnya apabila sudah ada nanti," tambahnya.

Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Saksikan program yang menampilkan Risteena dan Isa Khan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!