gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Risau Hilang Tarikan, Sherry Alhadad Diminta Jangan Kurus - “Kau Kalau Kurus Dah…”
HIBURAN
"Ramai Bakat Kita Ke Luar Negara Untuk Dikenali, Saya Mahu Ubah..." - Aaron Aziz
HIBURAN
Ada Doktor, Jurutera & Aktivis! Kenali 16 Finalis Miss Universe Malaysia 2025!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ada Doktor, Jurutera & Aktivis! Kenali 16 Finalis Miss Universe Malaysia 2025!

Amri Hassan
Amri Hassan
03/08/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Ada Doktor, Jurutera & Aktivis! Kenali 16 Finalis Miss Universe Malaysia 2025!
Pentas Miss Universe Malaysia kembali tahun ini, tapi bukan dengan gaya yang sama. Bertemakan Redefining Your Journey, pertandingan kali ini memperkenalkan 16 finalis teratas yang bukan sahaja cantik, tapi juga bijak, berani dan penuh misi hidup yang menginspirasikan.
Dengan penyertaan yang kini terbuka kepada wanita yang sudah berkahwin, pernah bercerai dan bergelar ibu, Miss Universe Malaysia 2025 membuktikan yang standard kecantikan bukan lagi terikat pada bentuk tubuh, umur atau status.
Menurut Pengarah Nasional baharu Miss Universe Malaysia, Charissa Chong, yang juga bekas Miss Grand Malaysia dan finalis Miss Universe Malaysia 2020, pertandingan kali ini bukan sekadar mencari seorang ratu.

“Kita cari pemimpin. Seorang ikon yang boleh bawa suara wanita Malaysia ke dunia. Mahkota tu bukan aksesori, ia simbol tanggungjawab,” katanya.

Apa yang buat finalis tahun ini begitu menarik? Nah, jom kenal beberapa wajah yang paling mencuri perhatian.
Bhadrani Nagendran, 27, mungkin bukan nama glamor sekarang, tapi latar belakangnya sangat wow. Dia ialah pekerja sosial yang pernah bekerja dengan komuniti Orang Asli di Australia dan kanak-kanak pelarian di Perth. Bekerja dalam bidang perlindungan kanak-kanak, dia kata mahu bawa suara golongan yang selalu disenyapkan.
"Saya nak gunakan mahkota ni sebagai mikrofon untuk suara yang tak pernah diberi peluang bersuara," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Zetrix Miss Universe Malaysia 🇲🇾 (@missuniversemalaysia)
Lain pula ceritanya dengan Chloe Chin, 24, seorang business strategist yang juga licensed gun handler. Yup, dia skilled shooter yang pernah berlatih di Malaysia dan Australia. Dia juga main golf, surfing dan memanah.
“Saya nak cabar stereotaip. Kita boleh feminin dan fierce dalam masa yang sama,” katanya dengan yakin.
View this post on Instagram
A post shared by Zetrix Miss Universe Malaysia 🇲🇾 (@missuniversemalaysia)
Kavita Sanglish, 26, aktivis pendidikan pelarian dan penceramah TEDx yang sudah menubuhkan inisiatif sendiri untuk membantu kanak-kanak pelarian dengan kesihatan mental dan nutrisi. Kavita bukan calang-calang. Dia pernah dilantik sebagai UNHCR Young Champion dan aktif perjuangkan SDG di peringkat nasional.
Yang menyentuh hati pula, kisah Jen Li, 28, yang pernah jatuh dalam dunia bisnes tapi bangkit semula dengan cara yang sangat tenang, melalui scuba diving. Kini dia kerja sebagai penyelaras trip diving dan model.
“Kadang-kadang kekuatan tu bukan dari jeritan, tapi dari ketenangan dan penerimaan diri,” katanya lembut.
Kalau nak wakil Malaysia ke PBB, mungkin kita ada calon sesuai dalam Tan Su Jie, 25, pelajar sarjana di Tsinghua University, China, yang pernah berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan forum antarabangsa.
“Ratu zaman sekarang bukan sekadar ‘stand and smile’. Kita kena berdiri dan bersuara,” ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by Zetrix Miss Universe Malaysia 🇲🇾 (@missuniversemalaysia)
Paling senior dalam kumpulan tahun ini ialah Dr. Ranmeet Jassal, 33, bekas finalis Miss World Malaysia dan juga seorang doktor, jurulatih transformasi diri, pengamal breathwork, dan ibu. Dia hadir dengan misi nak bantu wanita sembuh dan bangkit semula, tanpa rasa bersalah.
View this post on Instagram
A post shared by Zetrix Miss Universe Malaysia 🇲🇾 (@missuniversemalaysia)
Undian untuk finalis dilakukan secara telus menerusi aplikasi blockchain Zetrix MU App, gabungan 50% juri dan 50% undian awam. Para finalis akan mengikuti pelbagai latihan, cabaran dan bengkel sepanjang Pageant Week sebelum Malam Gala penobatan juara yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Juara Miss Universe Malaysia 2025 nanti akan membawa nama negara ke pentas Miss Universe antarabangsa di Thailand pada 21 November depan.
Topic Berkaitan
#Miss Universe Malaysia
#Doktor
#Finalis
#Aktivis
#Penembak Tepat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement