Susulan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami, Sharifah Sakinah akhirnya tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet.

Sharifah Sakinah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya telah memuat naik hantaran dan menulis kapsyen luahan hatinya.

Menerusi hantaran tersebut, Sakinah mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

Namun dia sempat berpesan kepada individu yang mengeji supaya sentiasa beringat bahawa setiap daripada mereka mempunyai keluarga masing-masing.

“Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab kiriman mesej. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan kepada yang mengeji, ingatlah korang pun ada keluarga,” tulisnya.

Selain itu Sakinah turut memberitahu dia tidak akan menjadikan kisah hidupnya sebagai drama dan hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Saya tak akan dramakan kisah hidup saya dan tidak akan komen lebih. Buat masa ini saya hanya ingin kepada kerja.

“Sesiapa yang mempunyai masalah dengan jalan hidup saya, cara berpakaian atau tindakan saya boleh unfollow.

“Nak komen boleh, tetapi janganlah bergaduh. Kita semua ada banyak lagi perkara lebih penting nak dilakukan,” katanya.

Sakinah pada Khamis lalu mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 3 tahun.

Artikel berkaitan: