Pada yang mengikuti drama bersiri ini, pastinya Keluarga Iskandar antara drama 'berhantu' yang membuatkan semua satu rumah terpacak depan televisyen.

Lawak bersahaja, karakter yang perlbagai serta elemen kekeluargaan yang kuat menjadikan Keluarga Iskandar sangat diminati pelbagai golongan.

Namun, tahukah anda Keluarga Iskandar bakal ke layar perak?

Tidak kiralah anda mengikuti drama ini ataupun tidak, Keluarga Iskandar The Movie (KITM) wajib ditonton!

Tapi sebelum itu ini 5 fakta menarik tentang KITM yang anda perlu tahu.


#1 Drama Bersiri Paling Berpengaruh!


Jangan tak tahu Keluarga Iskandar merupakan drama bersiri keluarga paling berpengaruh bagi saluran Astro untuk dua musim.

Pengaruh drama ini telah melayakkannya menjadi ‘Siri Televisyen Komedi Terbaik’ bagi Anugerah Lawak Warna selama dua tahun berturut-turut.

#2 Mak Jah Is Back!


Buat mereka yang rindukan keluarga besar ini, Mak Jah bersama anak-anak serta cucu akan meriuhkan pawagam di rumah anda menerusi Astro First saluran 480 mulai 16 Julai 2020.

Meskipun awalnya ia dirancang untuk tayangan di pawagam, namun istimewa buat penonton Astro and boleh menonton kesimbungan siri komedi ala 'mockumentary' ini buat pertama kali.

#3 DNA Keluarga Yang Kuat!


KITM masih menerapkan latar tentang kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat sebagai rencah utama filem.

Menariknya, KITM akan merungkai segala persoalan yang tergantung dalam siri sebelumnya serta ia dipadatkan lagi dengan babak-babak yang mampu membuat penonton tidak senang duduk, tak kering gusi dan juga menitiskan air mata.

#4 Pelakon Utama & Penampilan Khas!


Sebahagian besar barisan pelakon KITM terdiri daripada pelakon-pelakon asal siri kegemaran ramai itu.

Antaranya adalah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Selain itu, ia turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas para pelakon lain seperti Nabila Razali, Ajak Shiro, Faiz Dickie, Zarina
Zainuddin, Amy Mastura, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazri dan Shahkimin.


#5 Persoalan Akhirnya Terjawab


Terdapat kejutan di akhir filem ini, watak misteri yang menjadi tanda tanya penonton selama ini bakal terjawab.

Kejutan apakah itu? Jangan lupa saksikan KITM bermula 16 Julai ini!

Haa kali ni min nak kenalkan korang dengan menantu-menantu Mak Jah. Masing-masing ada perangai tau. Kalau korang nak tahu kena tengok 16 Julai ini ok! . Nantikan Keluarga Iskandar The Movie Akan Datang 16 Julai ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda. . @kismahjohar_official @hilal.azman @sobrianuar @anitabaharom @azharbsulaiman @zainhamid @itsmehierahasan @izzilhamnzd @thedanishadam @khayrisyah_kemal @taqim.zaki @dhiaiskandar_official @shukritahir @rania_411 @rajaema @wanhaslizawz @klmotionpicturecompancy . #keluargaiskandarthemovie #keluargaiskandar #AllahKanDahSetFromTheTop #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.



Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.