Pelakon Lufya Omar menjelaskan bahawa dia tekad untuk berpisah dengan bekas suaminya, Dr. Che Hafiz selepas merasakan sudah banyak bersabar dengan segala apa yang terjadi selama ini.

Menurut Lufya, perceraian itu terjadi disebabkan kegagalan Che Hafiz dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya digalas sebagai suami dan bapa.

"Saya dah cukup bersabar. Kalau dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tuduhan saya ini.

"Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh mengaibkan dirinya dan ahli keluarganya.

"Saya mengambil pendekatan berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincang antara kami atau di mahkamah sahaja," katanya menerusi satu kiriman mesej kepada Astro Gempak.

Katanya lagi, dia juga tidak pernah sesekali menghalang bekas suaminya itu untuk bertemu dengan anaknya.

Bahkan selama ini, kata Lufya dialah yang memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamour. Cukup-cukuplah. Awak tu doktor bukan artis. Jaga tatasusila sebagai doktor.

"Pasal anak jangan nak berdolak dalih. Allah Maha Melihat. Be a man and walk the talk. Kesian kat anaklah. Masa depan dia lebih penting. Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu sebagai seorang bapa.

"Saya tak halang dia nak datang jenguk anak tapi dia tak datang pun. Apalagi yang kamu nak? Saya hanya berdoa je agar dia diberikan hidayah dan berani berjumpa dan berbincang," katanya.

Terdahulu, Che Hafiz mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah terlerai pada 17 Jun lalu.

BACA: Dr. Che Hafiz & Lufya Omar Sah Bercerai Talak Satu

Lufya dan Dr. Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

BACA: "Dia Nak Keluarkan Kenyataan Apa-Apa Ke, Lantak Dialah.. Biar Dia" - Lufya Omar Buka Mulut Isu Cerai

Saksikan drama lakonan Lufya Omar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!