Aktres jelita Bollywood, Aishwarya Rai yang sebelum ini dijangkiti wabak COVID-19, telah sembuh dan keluar dari hospital semalam.

Memetik laporan BBC News, anak perempuan Aishwarya, Aaradhya juga telah sembuh dan pulang ke rumah bersama ibunya.

Walaubagaimanapun, suami dan bapa mertua Aishwarya, Abhishek dan Amitabh Bachan masih menerima rawatan di hospital.

"Aishwarya dan Aaradhya telah disahkan sembuh daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari hospital, mereka akan berada di rumah.

"Sementara itu, saya dan ayah akan kekal berada di hospital di bawah penjagaan rapi daripada petugas kesihatan di sini," tulis Abhishek menerusi Twitter.

Terdahulu, Abhishek megumumkan dia, Amitabh, Aishwarya dan Aaradhya telah disahkan positive COVID-19 pada 12 Julai 2020.

Namun begitu, isteri Amitabh, Jaya Bachan tidak dijangkit virus tersebut.

Perkara itu telah menimbulkan spekulasi di kalangan netizen yang meragui tentang hubungan rumah tangga mereka.

BACA : Aishwarya Rai Positif Tapi Jaya Negatif COVID-19, Netizen Speku Keluarga Bachchan Bermasalah?

Sumber : BBC News