Selepas episod perceraian dengan bekas suaminya, pelakon Lufya Omar memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk mencari pengganti sebagai teman hidupnya.

Menurut Lufya buat masa ini, dia lebih selesa untuk menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal membesarkan anaknya.

"Hingga hari ini, saya tak nak berkenalan dengan sesiapa bukan tak sudi tapi tak sedia.

"Biarlah hidup saya dengan anak, keluarga dan sahabat-sahabat sahaja," katanya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya.

Lufya berkata demikian sebagai menjawab persoalan daripada salah seorang netizen yang menyatakan hasratnya mahu mengenali dirinya.

"Kalau saya nak kenal awak boleh? Ke dah ada calon?," tanya individu berkenaan.



Terdahulu, bekas suaminya, Dr. Che Hafiz mendedahkan bahawa hubungan rumah tangga mereka terlerai pada 17 Jun lalu.

BACA: Dr Che Hafiz & Lufya Omar Sah Bercerai Talak Satu

Susulan pendedahan bekas suaminya itu, Lufya kemudian tampil menjelaskan bahawa perpisahan itu disebabkan kegagalan Che Hafiz melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

BACA: "Saya Simpan, Tak Perlu Hebahkan Kerana Mengaibkan.." - Lufya Dah Cukup Bersabar, Ada Bukti...

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berumur tiga tahun.

Saksikan drama lakonan Lufya Omar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!