Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjadi mangsa kecaman di media sosial apabila sebuah video yang mendakwa dia menghina masyarakat Orang Asli kini sedang viral di media sosial.

Video berkenaan menjadi tumpuan selepas ia dimuat naik oleh seorang individu menerusi satu posting di Twitter.

“Terima kasih kak Siti Sarah sebab hina Orang Asli. Take care, may Allah bless you” kata individu berkenaan.

Menerusi video yang viral tersebut, Sarah pada awalnya cuba mempromosikan produk shampoo di sebuah salon.

Menurut Sarah, produk berkenaan bagus untuk mengurangkan bau busuk pada rambut.



“Walaupun pakai tudung kena datang salon ni sebab kalau buka aib, rambutnya dah macam Orang Asli,” katanya.

Kenyataan itu sekali gus membuatkan sebahagian netizen tidak berpuas hati.

Ramai berpendapat Orang Asli sebenarnya mempunyai rambut yang cantik.

Walaubagaimanappun, masih ada juga yang berpendapat ia bukanlah satu kenyataan yang menghina dan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.