Bekas kakitangan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida yang memuat naik sebuah entri mengucapkan salam takziah.

Menurut Shahida, dia berasa sedih kerana sudah menganggap Ghazali seperti adik kandung.

"Dukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh...

"Saya akan rindu awak Ghazi. Saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak," tulisnya di Instagram (IG).

Dukacita saya maklumkan,bekas kakitangan saya yg amat saya sayangi,seperti adik saya sendiri,Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi..Mari sama2 kita sedekahkan Al Fatihah dan sama2 doakan rohnya dicucuri rahmat,diampunkan dosanya,dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh... . Saya akan rindu awak Ghazi?saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on


Sebelum ini, bekas pembantu peribadi usahawan tersebut, Melati Abdul Ghani mendedahkan Ghazali berada dalam keadaan tenat disebabkan apendiks telah pecah dan menyebabkan kuman merebak ke paru-paru.

"Semoga @ghazi_ml diberi keajaiban. Pagi tadi saya dapat call dari abang Ghazi bahawa beliau tengah tenat sekarang.

"Disebabkan apendiks beliau pecah dan kuman dah merebak ke paru-paru beliau. Semoga beliau diberi kekuatan dan kesembuhan.

"Akak pun ingin memohon maaf jika selama kita bersama menjalankan tugasan akak ada terkasar bahasa dan menguris hati.

"Halalkan makan minum. Akak pun maafkan segala kesalahan kau adik," tulisnya pada dua hari lalu.

semoga @ghazi_ml di beri keajaiban.. pg td sy dpt call dari abg gazi bahawa beliau tgh tenat sekarang.. di sbbkan appendiks beliau pecah dan kuman dah merebak ke paru2 beliau.. semoga beliau di beri kekuatan... dan kesembuhan.. akk pun ingin memohon maaf jk selama kita bersama menjalankan tugasan.. akk ada terkasar bahasa dan menguris hati.. halkan mkn minum.. akk pun maafkan segala kesalahan ko dik??

A post shared by Melati Hj.Abd.Ghani (@mel77_melati) on