gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta Kesayangan Demi Kelangsungan Hidup - “Dengan Kereta Inilah, Saya Pergi Berniaga Air”
HIBURAN
Kisah Termakan Daging Khinzir, Syasya Rizal; "Saya Mengaku Salah Saya, Tapi Tudung Tak Ada Kena Mengena..."
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Rasa Macam Disula ..." - Fizie Tak Malu Mengaku Derita Buasir, Kini Jadi Duta Produk Usus

Amri Hassan
Amri Hassan
12/07/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
"Rasa Macam Disula ..." - Fizie Tak Malu Mengaku Derita Buasir, Kini Jadi Duta Produk Usus
“Rasa macam disula dengan kayu. Sakitnya hanya Allah yang tahu,” demikian kongsi penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan berkongsi pengalaman perit menderita buasir yang berlaku pada malam pertama Aidilfitri tahun ini.
Cerita Fizie, selepas kejadian (buasir), dia tidak mampu bangun dengan sempurna, malah takut untuk makan kerana setiap kali makan pasti akan perlu ke tandas.
“Bayangkan saya nak bangun pun tak boleh. Saya juga rasa trauma nak makan. Sebab kalau makan, mesti nak ‘membuang’ air besar," ceritanya lanjut.
Menurut Fizie, penderitaan itu membuatkannya hilang selera, tidak selesa untuk bekerja dan terpaksa duduk di atas bantal semasa bersiaran di konti.
“Apabila saya berada di konti radio, saya terpaksa letak bantal untuk duduk di kerusi. Kadang-kadang orang tengok saya, mereka fikir saya stres atau nak marah orang, padahal saya sedang menahan sakit dan pedih akibat buasir,” tambahnya.
Fizie mengakui telah mencuba beberapa jenis ubat sebelum ini, namun tidak berkesan. Harapannya berubah selepas bertemu dengan Dr Afif Mohd Ridzwan dari Pusat Rawatan Al Farhain, yang mencadangkan suplemen bernama EnerVast.
“Saya dah cuba beberapa ubat, namun ia tetap sama. Sehinggalah saya kenal dengan Doktor Afif dari Pusat Rawatan Al Farhain. Dia mencadangkan saya makan suplemen yang kini dinamakan EnerVast, saya rasa sangat selesa.
“Apabila hendak ‘membuang’ kita boleh tahan sekejap. Berbeza dengan ubat yang makan sebelum ini, apabila rasa nak ‘membuang’ perlu ke tandas serta merta,” jelasnya.
Menurut Dr Afif, EnerVast merupakan hasil penyelidikan menyeluruh dan diformulasikan khas untuk menangani masalah kesihatan berkaitan usus dan gangguan metabolik.
“Ia dihasilkan setelah kami menjalankan kompilasi kes dan analisis ke atas pesakit yang hadir untuk rawatan. Majoriti pesakit mengalami masalah berpunca daripada penyakit metabolik yang sering dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan.
“Bermula daripada situ, kita adakan R&D dengan memformulasikan dua komponen utama EnerVast iaitu ekstrak daun senna dan ekstrak halia bara, dua bahan semula jadi yang telah lama dikenali dalam dunia perubatan tradisional.
“Semua orang tahu daun senna dan halia bara ada manfaat tersendiri dan selamat. Jika ia digunakan secara berlebihan pun tidak akan ada kesan sampingan. Namun, keistimewaan EnerVast terletak pada gabungan dos yang tepat dan pemprosesan berpandukan kepakaran perubatan moden,” jelas Dr Afif lagi.
Pengambilan EnerVast membantu melancarkan sistem pencernaan, membersihkan usus, mengurangkan toksin dalam badan dan memberikan kesan positif kepada jantung serta berat badan. Produk ini sesuai untuk pengguna berumur 13 tahun ke atas termasuk ibu menyusu.
“Pengguna boleh mengambil produk ini sebelum tidur, satu biji setiap malam sama ada dikunyah, dihisap atau ditelan mengikut keselesaan.
“Alhamdulillah sejak dipasarkan, ia semakin mendapat tempat di hati pengguna yang mementingkan kesihatan usus. Dengan misi untuk menjadikan EnerVast sebagai produk kesihatan untuk semua, pihak syarikat menetapkan harga jualan yang mampu milik iaitu RM39.90 untuk penggunaan 15 hari," katanya.
Disebabkan keberkesanan yang dialami sendiri, Fizie telah dilantik sebagai duta rasmi EnerVast bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kesihatan usus.
Melihat kepada permintaan tinggi, syarikat kini sedang merancang pelancaran variasi baharu seperti EnerVast Advance dan EnerVast Plus dengan formulasi lebih mantap untuk pasaran yang lebih luas.
“Kami percaya dalam tempoh tiga tahun akan datang, EnerVast akan menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat rakyat Malaysia.
Ia bukan sekadar produk kesihatan tetapi adalah hasil inovasi, keprihatinan dan kepakaran dalam memastikan rakyat Malaysia menuju kehidupan yang lebih sihat secara semula jadi," tambahnya.
Pusat Rawatan Al Farhain yang diasaskan pada awal tahun 2020 kini mempunyai 11 cawangan klinik di Kelantan, Terengganu dan Pahang, tiga farmasi serta dua pusat dialisis. Nama pusat rawatan ini diinspirasikan daripada gabungan nama dua anak Dr Afif, iaitu Aiman Farhan dan Ain Fadhilah, yang membawa maksud kegembiraan dunia dan akhirat.
Topic Berkaitan
#Viral
#GEGAR
#Fizie
#Buasir
#Dr Afif
#Enervast
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement