Biarpun sudah dua minggu ditayangkan, filem Jebat yang menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose terus mendapat pujian dalam kalangan penonton.

Rata-rata penonton menyifatkan gandingan mereka sejak muncul daripada drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan satu padanan yang cukup serasi.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Bahkan, ada yang cuba menyamakan keserasian mereka itu ibarat pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dan Kajol dalam setiap karya mereka.

"Chemistry (keserasian) korang macam Kajol dan Shah Rukh Khan bila di layar, me love!," komen @faraheeda_ismail.

"Kalau di Bollywood ada Shah Rukh Khan dan Kajol..di Malaywood ada Sharnaaz dan Nelydia. Gandingan mantap!," komen @szhara_79.



Bahkan, ramai juga yang mengakui padanan mereka sebagai hero dan heroin merupakan satu pilihan yang tepat.

"Sangat serasi sama-sama comel dan sepadan.

"Pasangan lakonan yang amat serasi.

"Sharnaaz gandingan terbaik Mastura, Nelydia dan Jebat. Kedua-duanya memang terbaik!," komen sebahagian pengikutnya.

Maka, tidak hairanlah apabila ramai yang sanggup menonton berulang kali kerana terpesona dengan telatah dan gelagat mereka ketika beraksi di hadapan kamera.

BACA: "Best! Dah 10 Kali Tengok!" - Ramai Suka Ulang Tonton Filem Jebat Berkali-Kali..Memang Layan!

Jika ingin mengambil 'mood' Jebat, jom tonton drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Jadi, bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan Jebat di pawagam rumah menerusi Astro First saluran 480.

Setiap langganan, penonton berpeluang menyaksikan filem tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam. Memang berbaloi!

BACA: Filem Jebat Kutip RM2 Juta Dalam 11 Hari Tayangan, Memang Terbaik!

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Korang pun jawab macam Jebat ni ke bila bini tanya soalan gini??? JEBAT KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! Anda juga boleh menonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di gempak.com/video atau di On Demand! @penacreativepictures @khanmancung @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on