Minggu pertama pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, 'The Masked Singer Malaysia' yang ditajakan khas oleh SK magic dan Oppo telah berlangsung di Shah Alam Theatre.

Walaupun kita berada dalam norma baharu dan perlu patuh dengan Tatacara Operasi Standard (SOP), persembahan tetap meriah apabila 12 peserta mempamerkan paduan suara dengan menggayakan kostum masing-masing.

Minggu pertama menyaksikan Orang Utan mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Sinaran nyanyian asal Datuk Sheila Majid.

Manakala, Nasi Lemak yang dipakai oleh Datuk Mirnawan Datuk Hj Nawawi pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Anak Kampung dendangan asal Jimmy Pelikat sekaligus tersingkir pada minggu pertama.

Di bawah merupakan senarai persembahan yang dilakukan oleh semua peserta berserta peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu pertama:


#1 Orang Utan (Sinaran/Datuk Sheila Majid) : 87.11%

#2 Rimau (Musafir Rindu/Datuk Ramli Sarip) : 83%

#3 Rafflesia (Bossanova/Wann) : 80.33%

#4 Ayam Jantan (Hutang/Floor88) : 78.22%

#5 Bunga Raya (Ngajat Tampi/Noraniza Idris) : 75.44%

#6 Enggang (Donde/Andi Bernadee) : 73.11%

#7 Rajah Brooke (Pencuri Hati/Ayda Jebat) : 71.78%

#8 Wau (Vroom Vroom/Nabila Razali) : 68.56%

#9 Musang King (Pagi Yang Gelap/Hujan) : 68.56%

#10 Reno (Amboi/Altimet) : 66.89%

#11 ABC (Ais Kacang Remix & I Am Me/ Lagu KBSR Tahun 3 & Datuk Seri Vida) : 64.67%

#12 Nasi Lemak (Anak Kampung/Jimmy Pelikat) : 59.33%

Dulu main hoki, sekarang di sebalik rupa nasi lemak, dia menyanyi. Sayangnya hanya sampai di sini, Cik Mak kita rupanya seorang lelaki. Inilah dia, Datuk Mirnawan Nawawi. . #TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMY #SiapaDiSebalikTopeng

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program 'The Masked Singer Malaysia' dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

Saksikan program yang bakal mencetuskan fenomena ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) ini iaitu pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.