Filem Kelaster lakonan Nora Danish, Achey, Azhan Rani dan Meerqeen sudah boleh didapati di Astro First, saluran 480 mulai hari ini.

Walaupun masih kurang 24 jam ditayangkan, Kelaster sudah mula mendapat respon positif dari penonton.

Ternyata filem ini tidak mengecewakan apabila ramai yang sudah mula memberikan komen-komen lucu terhadap Kelaster.

Antara komen yang diterima adalah:

“Kenapa selipar pakai dekat tangan?” komen @kuddinsin beserta emoticon ketawa.

“Hantu karipap bagi baki dekat balkoni hahahaha” respon @amirzlfkr

“Tengah tengok, kelakar” puji @murnisyakirah_88

Gaiss poster rasmi filem Kelaster dah keluar!! Haa jangan lupa hari ini korang dah boleh tonton filem Kelaster di rumah korang.. Sediakan apa patut dan selamat menonton! . KELASTER KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! . @azhan_rani @noradanish @acheykintangkintung @meerqeen @amyzaaznankaaia @ajiboy7 @d.alphalegacy . #Kelaster #FilemKelaster #Kelas_ter #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Jadi bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan Kelaster di pawagam rumah anda bermula hari ini di Astro First (saluran 480).