Malaysia menjadi negara Islam paling damai di dunia, mengatasi beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Arab Saudi.

Memetik laporan portal Indonesia Republika, Indeks Kedamaian Global 2020 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP) menunjukkan Malaysia berada di tangga pertama dalam senarai 20 negara Islam paling damai yang dikeluarkan.



Berikut adalah senarai 20 negara Islam paling damai di dunia:

1) Malaysia
2) Qatar
3) Kuwait
4) Emiriah Arab Bersatu
5) Indonesia
6) Oman
7) Jordan
8) Maghribi
9) Bahrain
10) Arab Saudi


Negara jiran Indonesia pula berada pada kedudukan 49 mengatasi Arab Saudi di tangga 128.

Kedudukan tahap kedamaian global ini dinilai dengan mengambil kira 23 petunjuk yang dikumpulkan dalam tiga kategori iaitu keselamatan dan keamanan penduduk, tahap konflik domestik dan antarabangsa serta status ketenteraan.



Iceland mendominasi senarai negara paling damai di dunia tahun ini berdasarkan jumlah populasi yang kecil iaitu sekitar 365,000 orang.

Negara itu juga merekodkan kadar jenayah yang rendah, selain mempunyai sistem pendidikan, pekerjaan, produktiviti dan kesejahteraan yang baik.

Sebanyak 97 peratus penduduknya merupakan golongan pertengahan dan tidak mempunyai jurang ekonomi.

New Zealand pula berada di kedudukan kedua dalam senarai dan berjaya mengekalkan kedudukan itu sejak 2017.

Dengan populasi kurang 4.9 juta, New Zealand mempunyai kadar penjagaan kesihatan terbaik dunia dan menjadi pilihan kebanyakan pendatang untuk bermastautin.

Namun, kos hidup di negara itu disifatkan tinggi termasuk harga rumah sehingga menyukarkan penduduk yang berpendapatan rendah untuk membeli kediaman.



Manakala Portugal menjadi negara ketiga paling damai di dunia kerana mempunyai keseimbangan dalam hampir kesemua sektor.

Portugal turut menjadi pilihan golongan ekpstariat untuk menikmati gaya hidup yang berkualiti.


Sumber: Republika

Sumber foto: www.fishmeatdie.com dan Lonely Planet