HIBURAN
Risau Hilang Tarikan, Sherry Alhadad Diminta Jangan Kurus - “Kau Kalau Kurus Dah…”
Pengacara, Sherry Alhadad berkongsi ada beberapa pihak produksi memintanya untuk tidak menurunkan berat badan.
Menurut Sherry, antara alasan yang diberikan adalah kebimbangan sekiranya perubahan pada penampilannya menyebabkan dia hilang daya tarikan sebagai pengacara dan pelawak.
“Ada direktor atau produser cakap, Sherry jangan kuruskan badan. Kalau awak kurus, awak dah tak laku. Sebab orang dah tahu awak macam ni.
“Ada juga yang kata, ‘Kalau kau kurus, kau dah tak kelakar dah’. Jadi, memang ada yang pernah cakap macam tu pada saya,” katanya kepada Gempak.
Walaupun terdedah dengan pelbagai pandangan negatif namun, pengacara itu tetap percaya pada rezeki dan keikhlasan peminat yang menyokongnya tanpa mengira bentuk fizikal.
“Kalau ada peminat yang suka, mereka akan tetap sokong saya, sama ada saya kurus atau tidak. Saya percaya pada tuah.
“Saya selesa dengan badan saya sekarang dan saya hanya jadi diri sendiri. Mungkin itu yang menjadi keistimewaan dan kekuatan saya atas pentas,” jelasnya.
Dalam pada itu, Sherry turut menegaskan dia tidak akan berubah semata-mata untuk memenuhi kehendak individu yang tidak menerima dirinya seadanya.
“Siapa dia nak suruh saya ubah? Kalau dia nak saya, dia kena terima saya seadanya.
“Saya muncul di TV dengan badan seperti ini, keluar rumah pun macam ni juga. Jadi, kalau dia hanya akan terima saya bila saya kurus. hello, lebih baik cari saja orang yang kurus,” tegasnya.
Menjawab dengan penuh keyakinan, Sherry juga menyatakan dia tidak kisah walaupun lelaki yang menghampirinya kaya sekalipun.
“Saya tak kisah, walaupun dia kata dia ada lima juta. Saya bukan jenis yang mudah terpengaruh dengan janji atau harta,” katanya.
BERITA BERKAITAN: Sherry Alhadad Syukur Keluarga Tak Mendesak Soal Jodoh - “Soalan Wajib Itu Pasti Ada Tapi…”
BERITA BERKAITAN: "Bukankah Lebih Baik Kalau Kita Fokus Nikmati Hidangan Raya Daripada Sibuk Bergosip Fasal Orang Lain?" - Sherry Alhadad
BERITA BERKAITAN: Sherry Alhadad Tak Sangka Jadi Ikon Ramadan, Anggap Parodi ‘Marhaban Tiba’ & ‘Farah Dah Pukul 7 Ke Belum’ Gurauan Manja Netizen
BERITA BERKAITAN: Sherry Alhadad & Ain Edruce Kini Bergelar Penyanyi, Muncul Lagu Raya Berjudul ‘Balik Kampung… Gosip Raya’ - “Bayangkan Kalau Di Set Pun Kami Dah…”
Must-Watch Video