Pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia bagi minggu ketiga telah berlangsung di Shah Alam, Theatre.

Sebanyak 10 orang peserta yang terdiri daripada barisan selebriti popular dari pelbagai industri telah mempersembahkan suara masing-masing di pentas utama.

Minggu ketiga menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Paku nyanyian asal Ara Johari.

Manakala, ABC yang dipakai oleh pelakon dan penyanyi Yana Samsudin pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza sekaligus tersingkir pada minggu ketiga.

Manis rasanya buat ramai tertawan, Yana Samsudin sebenarnya di sebalik ABC ya kawan-kawan! Nampaknya penonton lagi pandai teka dari juri lah minggu ni. Macam mana ni...takpe kita kasi peluang, ada lagi 5 minggu lagi ni. Kita jumpa mi#jomkitaonastro . #TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMY #SiapaDiSebalikTopeng #JomKitaONAstro

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu ketiga daripada para juri:

#1 Rajah Brooke (Paku/Ara Johari): 90%

#2 Reno (Hanya Rindu/Andamesh Kamaleng): 90%

#3 Rafflesia (Retak/Ella): 83%

#4 Enggang (Ingat-Ingat/Amuk): 81%

#5 Bunga Raya (Kalau Berpacaran/Anna Rafali, Sohaimi Mior Hassan & Altimet): 81%

#6 Musang King (Fly Me To The Moon/Jazz Lag): 81%

#7 Wau (Dag Dig Dug/Haiza): 77%

#8 Ayam Jantan (Memburu Impian/Kristal): 77%

#9 Orang Utan (Kopi Dangdut/Fahmi Shahab): 74%

#10 ABC (Aku Bidadari Syurgamu/Datuk Seri Siti Nurhaliza): 72%

Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.



Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.