Bila membaca apa yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew sebelum ini, saya bersyukur kerana Allah SWT sentiasa menghantar insan-insan yang sudi membantu apabila ada orang yang ditimpa kesusahan.
Ustaz Ebit Lew menyediakan bas menggunakan wangnya sendiri untuk pelajar-pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing. Bas tersebut disediakan untuk pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk pulang ke Pantai Timur. Malah, dia juga sedang berurusan untuk mengaturkan bas-bas untuk pelajar-peplajar dari UITM, UTHM dan lain-lain lagi.
Itulah yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew ketika mendengar keluhan pelajar-pelajar yang baru mendaftar tetapi berlaku penangguhan kerana peningkatan yang sangat tinggi di seluruh negara pada rakyat Malaysia yang positif dengan wabak Covid-19, malah lebih tinggi dari ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Yang dalam penjara tu, memanglah jangkitan dalam penjara. Tetapi yang lainnya tu, datang entah dari langit ke tujuh kot. Tiba-tiba muncul ungkapan baru tak perlu kuarantinkan diri selama 14 hari bila pulang daripada tempat yang berisiko tinggi hanya dengan sekali saringan dan didapati negatif. Walhal, sejak daripada awal lagi sudah diketahui tempoh inkubasi (incubation period) untuk virus Covid-19 adalah dua minggu.
Eh, lari topik!
Hari ini saya terbaca mengenai Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris menghubungi sendiri pihak Ustaz Ebit Lew supaya membuat permohonan terbuka kerana tidak melalui proses penghantaran pelajar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mendapat kebenaran pihak pengurusan universiti tersebut. Itu yang disebut dalam kenyataan rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.
What? Seriously?
Apa fungsi Majlis Perwakilan Pelajar UPSI? Kalau apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dikatakan tidak melalui kebenaran pihak universiti dan tidak mengikut SOP, kenapa perkara tersebut tidak dibuat oleh Majlis Perwakilan Pelajar? Bukankah anda-anda semua dipilih oleh pelajar untuk mewakili pelajar? Atau hanya kerja anda tulis kenyataan rasmi sahaja?
Kenapa tidak menghubungi Ustaz Ebit Lew dan membantu dia menyelesaikan apa jua masalah yang mungkin timbul seperti mendapat kebenaran pihak universti, dan memastikan segala SOP dipatuhi oleh pihak pelajar dan pihak Ustaz Ebit Lew? Kenapa menghabiskan masa menulis kenyataan rasmi?
Apa yang lebih penting sebenarnya? Memastikan SOP dipatuhi? Jadi turunlah menjalankan tugas anda semua sebagai perwakilan pelajar. Turun padang, ambil nama pelajar yang nak pulang, pastikan ada penutup hidung dan mulut yang mencukupi, pastikan ada penjarakan sosial, pastikan suhu badan diambil, pastikan segala SOP dipenuhi. Heyyy, orang dah tolong sediakan pengangkutan PERCUMA! Gunalah tenaga yang ada untuk membantu. Tenaga saja kot. Tak keluar wang ringgit pun. Yang keluar wang ringgit adalah Ustaz Ebit Lew!
Mana pergi pihak pentadbiran universiti? Naib Cancelor ke mana? Lihat keadaan pelajar-pelajar? Tahu apa nasib mereka? Dan soalan yang paling penting yang ingin ditanya, kenapa perlu meminta Ustaz Ebit Lew membuat permohonan maaf secara terbuka? Kenapa tak boleh minta maaf senyap-senyap, dan pihak universiti yang sangat prihatin ambil alih tugas menghantar pelajar pulang secara diam-diam? Perlukah nak memalukan dia yang ingin membantu? Semua ini ada dalam bentuk tanda soal. Kerana aku benar-benar tidak faham. Kalau perlu jawap, silalah jawap. Kalau rasa tidak perlu, tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya bertanya.
Tetapi ayah aku pernah memberitahu, perkara sebegini kini sudah menjadi semakin biasa, jika mereka tidak boleh membantu, ada di antara mereka lebih rela menyusahkan.
Kepada pihak Perwakilan Pelajar UPSI, tidak perlu lagi menulis surat rasmi, tapi uruskan pelajar-pelajar di universiti anda kerana mereka telah memilih anda menjadi wakil mereka. Wakil mereka ketika susah dan senang, ya! Bukan wakil mereka untuk anda belajar menjadi ahli politik!
Salam sejahtera.
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Facebook Ustaz Ebit Lew
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Badrul Hashim
Sun Oct 04 2020
"Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya" - Ning Baizura
Penyanyi Ning Baizura memohon orang ramai agar tidak terus mengecam dan menuduhnya tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin.
Uqasha Senrose & Kamal Adli Kongsi Nama Penuh Anak - “Hawra Saya Pilih, Dia Ambil Uqaira…”
Selepas tiga minggu, akhirnya pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri sulung mereka iaitu, Uqaira Hawra.
Welcome To The World Baby | Oh Baby Kamal & Uqasha - EP3
Tahniah Ayah, Kamal Adli & Ibu, Uqasha Senrose , selamat melahirkan baby girl. Welcome to the world Hawra Uqaira ❤️
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Pasangan Curang, Ini Respons The Gadys - “Itulah, Tak Semua Perempuan Bijak Kan?”
Kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh Ayunie Rizal, Aznie Azmi dan Thamiera Chan berkongsi pendapat mereka mengenai kecurangan pasangan menerusi podcast Syok baru-baru ini.
Mimi Lana Sokong Gerakan Blockout 2024 - “Tapi Jangan Buat Isu Ini Sampai Kita Berpecah Belah”
Sejak beberapa minggu lalu, laman sosial kecoh dengan gerakan Blockout 2024 iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.
Penyakit Misteri Datang Balik, Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah
Kisah pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang pernah berdepan penyakit misteri mendapat liputan pelbagai pihak dan difilemkan sebagai Zim Zim Ala Kazim.
Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia - "Saya Minta Maaf Kerana Bebankan Mak"
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.
Ahli Silap Mata David Copperfield Dituduh Beri Dadah, Perkosa 16 Wanita
Ahli silap mata terkenal dunia, David Copperfield berdepan tuduhan memperkosa sekurangnya 16 wanita dengan sebahagian daripada mereka di bawah umur.
Bukan Tak Cakna Fasal 'All Eyes On Rafah', Ini Penjelasan Ning Baizura! - "Ketika Itu Keadaan Kelam-Kabut"
Penyanyi Ning Baizura tampil menjelaskan dakwaan dirinya tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah seperti potongan video yang tular di media sosial sejak Selasa lalu.
Terasa Di Sarawak, Rumah Terbuka SOCC Holdings Bawa Juadah & Tradisi Bumi Kenyalang!
Biarpun Syawal sudah berlalu namun kemeriahan rumah terbuka masih diraikan di ibu kota. Buktinya, rangkaian syarikat SOCC Holdings Sdn. Bhd. tampil mengadakan rumah terbukanya bertemakan tradisi dan budaya dari negeri Sarawak.