Tinggal beberapa hari sahaja lagi Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh bakal menggegarkan hujung minggu anda menggantikan program realiti BBNU, Big Stage 2020 yang melabuhkan tirainya malam tadi.

Bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober ini, GV sekali lagi disokong Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama.

Adabi dan Cuckoo Healthy Home juga bertindak selaku Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala aplikasi Astro Go dan portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi untuk musim ini.

Apa lagi yang menarik dalam GV7 ini ya? Gempak kongsikan trivia GV7:

1. Dah macam ahli keluarga GV, maestro muzik tersohor negara Datuk Haji Ramli MS atau Tok Ram masih lagi dikekalkan sebagai juri tetap.

2. Datuk Khadijah Ibrahim kembali menerima mandat sebagai juri tetap GV7 di samping Tok Ram setelah berehat daripada tugas penjurian GV musim lalu.

3. Selain itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.

4. Jihan dan Nabil juga nampaknya masih relevan kerana dikekalkan sebagai hos selepas tujuh tahun GV bersiaran. Cayalah!

5. Personaliti SINAR; Falyq Hikyle dilantik sebagai hos untuk program Kapsul Gegar Vaganza. Manakala personaliti ERA; Daniel dan Fiza Frizzy pula digandingkan sebagai hos untuk program Gegar Vaganza Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

6. Penyertaan penyanyi legend seperti Mus, Noraniza Idris dan Yantzen dalam GV7 mengejutkan ramai pihak, malah ada yang pertikaikan!

7. Pertembungan bekas juara program realiti One In A Million 2, Ayu Damit dan naib juara Akademi Fantasia 2, Linda Nanuwil.

8. Eva berjaya menyatukan kesemua anggota kumpulan mereka untuk GV7 dan membuktikan mereka masih ada di dalam industri

9. Jumlah wang tunai untuk pemenang masih dikekalkan! Juara GV7 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM30 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.

10. Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, sumbangan wang tunai bernilai RM10 ribu akan turut diberikan kepada penerima terpilih menerusi segmen Kongsi Rezeki bermula pada konsert GV7 minggu kedua hingga minggu kesepuluh.

11. GV7 menyaksikan bilangan bintang paling ramai. Siapa di antara mereka bakal bergelar juara?

Jangan lupa untuk menyaksikan GV7 yang akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.

Untuk lima episod pertama, Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama GV7 juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105). Selain itu, siaran penuh konsert minggu pertama juga boleh distrim menerusi program Gegar Vaganza Live Plus di platform Gempak pada hari tersebut.