Pelakon dan anggota Running Man Lee Kwang Soo merasakan dirinya masih belum melakukan yang terbaik dalam program popular berkenaan.

Menurut Kwang Soo adakalanya timbul kekesalan dalam dirinya selepas tamat penggambaran.

“Dalam apa kerja dan bidang sekali pun saya akan pastijkan diri saya memberikan yang sehabis baik. Saya dapat rasakan sekiranya saya tidak melakukan perkara itu, momen-momen tertantu pasti hilang.

“Saya rasa menjadi seorang yang ikhlas dan memberikan yang terbaik sudah menjadi peraturan kerjaya saya.

“Sejujurnya sepanjang 10 tahun bersama Running Man sudah pasti ada ketikanya saya berasa kecewa dengan diri sendiri. Rasa macam belum berikan yang terbaik.

“Namun bagaimanapun saya tidak pernah langsung terfikir bahawa saya tidak mencuba sehabis baik dalam melakukan sesuatu perkara, sebaliknya cuba bersungguh-sungguh,” katanya dalam satu temu bual bersama majalah Esquire Korea baru-baru ini.

Jangan lupa saksikan episod baru Running Man, setiap Jumaat, jam 11:00 malam di ONE (saluran 393).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU