Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan sebanyak 862 kes jangkitan baharu virus Covid-19 direkodkan hari ini.

Daripada angka tersebut, 860 daripadanya merupakan kes tempatan, manakala dua lagi merupakan kes import.

Sabah mencatatkan negeri tertinggi direkodkan dengan 673 kes diikuti Selangor 132.

Bagaimanapun, sebanyak tiga kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik seramai 193 orang.

Pada masa sama, sebanyak 634 pesakit sembuh dilaporkan sekaligus menjadikan jumlah kes pesakit yang berjaya sembuh seramai 14,351 orang .

Sehingga kini sebanyak 87 kluster aktif di seluruh negara dengan 32 daripadanya berlaku di Lembah Klang.



Dalam pada itu, pada sidang media yang siarkan secara live di Facebook KKM, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Nor Hisham Abdullah berkata, pihaknya juga sedang menjalankan kajian mengenai kesan jangka panjang kepada bekas pesakit Covid-19.

"Kementerian sedang menjalankan pemantauan rapat kepada pesakit. Kita ada buat rawatan susulan untuk lihat keadaan mereka.

"Pesakit yang mengalami jangkitan tahap 4 dan 5 mungkin ada kesan lebih. Jadi, kita sedang kaji kesan jangkitan untuk tempoh jangka panjang, sama ada parut di peparu itu akan buat sesak nafas atau sebagainya," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai untuk terus mengurangkan aktiviti di luar rumah jika tiada keperluan selain mengikut segala operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Foto: Awani dan Instagram KKM