gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Inspektor Polis Ditahan Kes Rogol, Minta Suapan & Habuan S*ks
HIBURAN
"Takut Saya!" - Bell Ngasri Dikejar Warden Parkir Di New Zealand, Semua Gara-Gara ...
BERITA
Enam Termasuk Bayi Enam Bulan Ditemukan Maut Dalam Kereta Yang Tenggelam Dalam Sungai Korok
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Mana Tahu 1 Hari Aku Yang Curang” - Janna Nick Anggap Hati Boleh Berubah, Hanya Mampu Berdoa Jika Perkahwinan Diuji

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
07/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
“Mana Tahu 1 Hari Aku Yang Curang” - Janna Nick Anggap Hati Boleh Berubah, Hanya Mampu Berdoa Jika Perkahwinan Diuji
Pelakon Janna Nick berpendapat hati dan perasaan seseorang itu boleh berbolak balik termasuklah suaminya sendiri iaitu aktor Dini Schatzmann.

Berdoa jika diuji

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok Heyluvemichelle, Janna berkata dia hanya akan berdoa sekiranya rumah tangganya diganggu orang ketiga atau ‘penyondol’.

“Poligami? Kalau ada yang cuba? Saya doa sajalah. Kita tak tahu manusia kan. Hati manusia ini Allah pegang. Memang lumrah dia berbolak balik.

“Kalau hari ini dia sayang kita seratus peratus, mungkin esok dia tak sayang,” kata Janna.

Kecurangan berlaku

Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 30 tahun ini juga memberitahu tidak semestinya kecurangan itu berlaku disebabkan lelaki sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick Kongsi Momen Unboxing Jam Rolex Sempena Ulang Tahun Kelahiran - “Saya Tak Tahu Nak Beli Apa”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Ada Niat Hina Wanita Sudah Bercerai, Janna Nick Tampil Perjelas Isu ‘Perempuan Gila’ - “Saya Tahu Soalan Itu Sensitif Untuk Fattah Tapi…”

Sebaliknya ia juga boleh terjadi kepada dirinya dan Janna beranggapan kesalahan itu tidak boleh diletakkan kepada satu jantina saja.

“Orang semua duk cakap ‘oh suami yang akan curang’. Mana tahu satu hari aku yang curang. Ujian itu kita tak tahu. Kita tak boleh letakkan kepada satu jantina saja,” kongsinya.

Rata-rata netizen di ruang komen bersetuju dengan kenyataan Janna dan menganggap setiap rumah tangga pasti akan akan ujian masing-masing.
“Betul apa yang Janna cakap, sebab tu bila nampak rumah tangga orang diuji… kita jangan komen lebih-lebih… hati kita Allah yang pegang.
“Betul, bapa saya juga pernah cakap hati manusia ni berbolak balik dan jika salah seorang curang, lambat laun Tuhan akan tunjuk. Kita hanya mampu doa minta dijauhkan dari benda tu.
“Betul tu setuju sangat-sangat berserah pada takdir hati manusia memang akan berubah,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini pada 10 Jun 2023.
@heyluvmichelle
hati
♬ original sound - heyluvmichelle
Topic Berkaitan
#Perkahwinan
#Janna Nick
#Rumah tangga
#Curang
#Poligami
#Dini Schatzmann
#Penyondol
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement