Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan ingin menjual salah sebuah kereta mewahnya yang berjenama Mercedes-Benz SLK.

Menurut Aliff, kereta tersebut jarang digunakan. Oleh sebab itu dia membuat keputusan untuk tidak menyimpannya lagi.

"Patut tak saya jual kereta ini Mercedes-Benz Sports baru pakai 10 kali? Milleagenya hanya 20,000-30,000km sahaja.

"Saya nak jual kereta ni sebab saya jarang guna. Jadi saya nak jual murah-murah ja, waktu beli tu memang mahal sangat," tulisnya.

Aliff turut memuat naik sebuah rakaman video menunjukkan keadaan keretanya itu.

. . Patut tak sy jual kereta ini merz sport baru pakai 10kali? Milleagenya hanya 20-30,000km shj. Sy nak jual kereta ni sebab sy jarang guna. Jadi sy nak jual murah-murah je, waktu beli tu memang mahal sgt... kete xpernah eksiden, malah sy simpan dlm rumah tertutup angen 1.8 turbo, minyak murah, rodtax murah.. . . Sekarang nak jual lelongan je, Hanya Rm135,000.00 net.. no plate sy akan ambik balik.. siapa cpt dia dpt.. siapa cepat dia dapat. Sesiapa berminat boleh wussp no telefon +6017-7949094 (mymanager) Sy nak beli kereta baru, rasa-rasa kereta apa patut sy beli? Cer kasi pendapat korang?? ??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Tambah pelantun lagu Bobo Di Mana ini, kereta mewah itu sangat dijaga rapi malah tidak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Kereta tak pernah kemalangan, malah saya simpan dalam rumah tertutup, enjin 1.8 turbo, minyak murah, roadtax murah.

"Sekarang nak jual lelongan ja, hanya RM135,000 net. Nombor plate saya akan ambik balik. Siapa cepat dia dapat," tulisnya lagi.