YouTuber, Isa Isarb sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila baru-baru ini telah memuat naik sebuah videp prank yang dikatakan agak kontroversi.

Menerusi video berdurasi 14 minit itu, Isa pada awalnya merancang untuk membakar kereta pekerjanya yang dikenali sebagai Faizal.

Jelasnya, kereta model Proton Iswara yang digunakan Faizal terlalu lama dan kerap menimbulkan masalah.

Walaubagaimmanapun, hasrat Isa untuk membakar kereta tersebut terbantut apabila pihak berkuasa melarang tindakan berkenaan.

“Plan tak jadi sebab polis cakap tak bagus bakar kereta depan orang ramai.

“Nanti orang ingat kita buat rusuhan,” katanya.

Menurut Isa, mereka terpaksa mengubah plan tersebut dan akhirnya membuat keputusan untuk hanya menghancurkan kereta berkenaan.

Namun, disebalik kerosakan itu, Isa kemudian membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada Faizal.

Sebuah tow truck yang membawa Perodua Aruz tiba sebaik kereta lama Faizal hancur remuk.

Rata-rata netizen dilihat terkejut dengan kandungan video Isa kali ini yang dikatakan agak berani.

Biarpun ada yang tersentuh dan memuji tindakan murni Isa, namun tidak kurang juga yang menganggap perbuatan menghancurkan kereta orang adalah sebagai agak biadap.

Anda boleh lihat antara reaksi netizen di bawah.