Minggu separuh akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia telah berlangsung di Shah Alam Theatre.

Lebih mencabar pada minggu separuh akhir ini apabila keenam peserta dikehendaki menyanyikan dua buah lagu iaitu solo dan juga duet.

Minggu separuh akhir menyaksikan Bunga Raya mengungguli di tempat pertama.

Manakala, Rafflesia yang dipakai oleh pelakon Datin Paduka Eina Azman pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah sekaligus tersingkir pada minggu separuh akhir.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu separuh akhir daripada para juri:

Solo

#1 Bunga Raya (Gemilang/Jaclyn Victor) : 96.00%

#2 Rajah Brooke (Bukan Dia Tapi Aku/Judika) : 94.00%

#3 Enggang (Uptown Funk/Bruno Mars) : 91.00%

#4 Orang Utan (Seribu Tahun/Imran Ajmain) : 90.00%

#5. Wau (Bunga-Bunga Cinta/Misha Omar) : 89.00%

#6 Rafflesia (I Will Survive & Survivor/Gloria Gaynor & Destiny's Child) : 78.00%

Duet

#1 Rajah Brooke & Bunga Raya (This Is Me/Keala Settle & The Greatest Showman Ensemble)

#2 Wau & Rafflesia (Drama King/Meet Uncle Hussain ft Black)

#3 Enggang & Orang Utan (Satu/Tan Sri SM Salim & Zainal Abidin)

Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.



Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.