Penyanyi Ainan Tasneem memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu kini mengalami sedikit masalah apabila kedua-duanya tidak mempunyai saiz yang seimbang.
Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkata, doktor bimbang keadaan tersebut boleh mengakibatkan dirinya melahirkan bayi pramatang.
"Sekarang usia kandungan dah 31 minggu. Tadi, saya pergi buat pemeriksaan, doktor cakap salah satu bayi kembar tu kecil sikit.
"Sorang baru 1.1kg, sorang lagi 1.5kg dah. Risau terbersalin awal tu yang doktor suruh cucuk dexa (dexamethasone)," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Ainan lagi, dia kini perlu menjalani pemeriksaan susulan dua minggu lagi bagi melihat perkembangan selepas perlu mengambil dua dos suntikan berkenaan.
"Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu. Esok kena cucuk lagi untuk dos kedua
"Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat bayi tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang saya kena bersalin awal je," katanya.
Pada masa sama, Ainan turut memohon doa orang ramai agar proses kehamilannya kali ini dipermudahkan.
"Allah.. Ainan tak bersedia lagi. Tak boleh bayangkan bayi masuk NICU dan kena berpantang tanpa bayi di sisi.
"Sekarang nak terus positif je. Harapnya bayi membesar dengan baik dalam perut dan dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa daripada kalian semua ya," luahnya.
Ainan berkahwin dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.
ZULHILMI JALIL
Sat Nov 07 2020
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.