Selepas bercerai dengan suami Afif Adha Jamil, pelakon Sharifah Sakinah dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang trainer mat saleh yang dikenali sebagai Michael Hansen.

Meskipun Sakinah belum pernah dengan jelas mengesahkan hubungan tersebut, namun terbaharu foto mesranya di dalam kolam renang bersama jejaka tersebut telah menarik perhatian netizen.

Michael menerusi Instagram (IG) miliknya memuat naik foto mereka berdua dengan memberitahu ia satu petang yang menyeronokkan.

“Evening fun (finally a pool to swim in),” tulisnya.

Menerusi tinjuan Gempak di dalam komen entri tersebut, rata-rata warga maya menyangka pasangan itu sudah bernikah.

“Rasanya Sakinah ni dah kahwin. Cuma tak nak cakap,” teka salah seorang pengikutnya.

“Kahwin lah kak Sakinah,” pinta salah seorang netizen.

“Jangan mengundang fitnah,” tegur salah seorang warga maya.

Sakinah tidak berdiam diri, malah dalam salah satu komen yang memintanya berkahwin, pelakon Bikin Filem itu seolah-olah mengiyakan.

“Maried bro,” pinta salah seorang netizen.

Already (gambar cincin),” jawab Sakinah.

Jawapan adik kepada Shahrifah Shahira membuatkan sesetengah pengikut di Instagram terkejut dan ada juga yang megucapkan tahniah.

“Wah! If it’s true, congratulations Kinah,” kata salah seorang warganet.

“Alhamdulilah,dah sah patut posing gitu,” jawab salah seorang netizen.

Sakinah bercerai dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Mengenai perkembangan terbaharu, Sakinah kini terlibat dalam Bikin Filem yang ditayangkan di Astro First sejak 5 November lalu.



Selain Sakinah, filem yang diarahkan oleh pengarah Latiff Azmi atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler itu telah dibintangi oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.

Saksikan filem Bikin Filem yang berada di pawagam rumah anda, Astro First mulai 5 November 2020.
Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand.

Mudah sahaja, dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Evening fun (finally a pool to swim in)

A post shared by Michael Hansén (@michael_hansen79) on