gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Erma Fatima Tegur Netizen, Minta Jangan ‘Menyibuk’ Isu Anna Jobling & Ibu Kandung - “Siapa Kita Untuk Menghukum”
HIBURAN
Faizal Hussien Pilih Untuk ‘Diam’, Elak Tegur Pelakon Bermasalah Di Set - “Walaupun Dia Ulang Babak Lapan Kali…”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Aina Abdul Cabar Diri Buat Lagu Ikut Identiti Penyanyi Lain - “Saya Jarang Menulis Lagu Untuk…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Aina Abdul Cabar Diri Buat Lagu Ikut Identiti Penyanyi Lain - “Saya Jarang Menulis Lagu Untuk…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/08/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Aina Abdul Cabar Diri Buat Lagu Ikut Identiti Penyanyi Lain - “Saya Jarang Menulis Lagu Untuk…”
Komposer dan juri tetap Raise The Star Malaysia (RTSMY), Aina Abdul akui berhadapan beberapa cabaran dalam menghasilkan lagu untuk finalis program berkenaan kerana jarang menghasilkan sebuah karya untuk penyanyi lain.
Jelas Aina, dia mahu menghasilkan sebuah karya yang bukan kedengaran seperti dia yang menyanyi namun sesusai untuk penyanyi lain sampaikan.
“Saya banyak sebenarnya cabaran dalam pertandingan ini sebab semua tahu saya jarang menulis lagu untuk orang. Lagu yang saya tulis untuk orang yang berjaya keluar dua lagu sahaja selebihnya semua saya tulis dan nyanyikan sendiri.
“Saya dapat rasakan cabaran itu dan mengambil masa untuk menulis lagu itu dan saya tahu sewaktu saya diberi panggilan untuk kerja ini saya rasa kalau saya masuk ke pertandingan ini sebagai komposer saya tak tahu saya boleh tulis heavy ballad atau tidak seperti selalu saya nyanyikan. Sebab saya kalau boleh nak buatkan lagu yang sesuai dengan penyanyi itu bukan untuk saya, jadi itu adalah cabaran,” katanya.
Dalam pada itu, Aina merasakan program RTSMY ini sangat bagus kerana Malaysia dapat melihat bakat-bakat baharu yang tersembunyi dan menunggu masa untuk bersinar.
“Dua orang yang saya pilih, Didie dan juga Aliff kalau anda dengar mereka mempunyai persamaan. Dan sebab itu saya pilih mereka kerana saya mencari penyanyi lelaki yang mempunyai suara serak-serak basah sebab di Malaysia kita agak ketandusan suara sebegini.
“Saya sangat gembira sebab dalam program ini kita dapat jumpa bakat sebegini dan saya rasa penonton boleh lihat kita ada bakat terpendam dan saya pasti masih banyak lagu suara-suara kat luar yang menunggu masa untuk diketengahkan bakat mereka,” tambahnya.
Lagu Penganglah Hati ciptaan Aina Abdul dinyanyikan oleh juara Raise The Star Malaysia, Didie Shazry.
Selain mendapat sebuah lagu menerusi kemenangan tersebu juga Didie berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.
Topic Berkaitan
#Aina Abdul
#Raise The Star Malaysia
#Didie Shazry
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement