Ketika bertemu dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Alya Iman dan meminta untuk ditemu bual, dia tersenyum mengangguk tetapi memberikan isyarat bahawa dia tidak mahu ditanya tentang hal-hal gosip yang melanda dirinya.
Anak kepada bekas pelakon Allahyarham Azmil Mustapha, Nur Alya Iman mula dikenali ramai melalui lakonannya dalam Senafas Rindu yang disiarkan di saluran Astro Ria.
Ditanyakan tentang keselesaannya menulis dalam Bahasa Inggeris di Instagram miliknya, Alya tersenyum.
"Pertamanya Alya mengaku Alya sangat teruk dalam Bahasa Melayu. Sebabnya adalah kerana Alya dulu tinggal di Syria dan di Syria, bahasa kedua mereka adalah Bahasa Perancis.
"Walaupun Alya ada ramai kawan-kawan Melayu di Syria, tapi hampir setiap masa Alya dengan Baba, Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dalam keluargapun kami lebih banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Alya pun dah terbiasa.
"Bila balik daripada Syria pun Alya masuk Sekolah International, jadi kawan-kawan Alya kebanyakannya adalah bangsa asing dan kami bercakap dalam Bahasa Inggeris. Tambahan lagi, di tempat kerja juga Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu Alya lebih mudah menulis dalam Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu," terangnya panjang lebar.
Tambah Alya, itu sahaja sebabnya mengapa dia lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.
"Kadang-kadang Alya cakap saja dalam Bahasa Melayu. Alya tak cakap yang Alya nak ke tepikan Bahasa Melayu. Ramai sahaja orang Melayu yang berbahasa Melayu mengikuti media sosial Alya. Mereka tanya soalan dalam Bahasa Melayu dan sebagainya.
"Dulu Alya memang nak tunjukkan apa yang orang nak tengok tentang Alya, tetapi sekarang Alya nak tunjukkan diri Alya yang sebenar. Alya tunjukkan apa yang Alya lakukan, Alya tunjukkan Alya bekerja, the reality of life.
"Ada ketika Alya tengah sedih, Alya akan tuliskan rasa hati sedih Alya, bila rasa down atau tak ada motivasi, Alya akan kongsikan quotes, dan quotes ni bukan nak tunjukkan pada orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga," terangnya lagi.
Menurut Alya lagi, sekarang ini dia mencuba sebaik mungkin untuk menjadi dirinya kerana di luar sana terlalu ramai yang suka membenci.
"Sekarang ni Alya rasa seperti kehidupan baru. Kat luar sana ramai sangat haters. Tak kira masa. Kita buat ini salah, kita buat itu salah. Jadi Alya pilih untuk memulakan hidup baru, untuk berkongsi apa yang sebenarnya, siapa Alya Iman, apa Alya Iman buat.
"Kalau dulu sanggup nak OOTD setiap hari, nak pakai makeup setiap hari hanya nak tunjukkan pada orang yang kita ni Instafamous atau selebriti. Tapi sekarang Alya lebih senang menunjukkan siapa diri Alya yang sebenar.
"Diri Alya yang sebenar adalah seorang yang bekerja separuh masa sebagai model, separuh masa sebagai pelakon yang merupakan hobi yang paling Alya minati serta mahu terus belajar mengenainya, dan sekarang Alya bekerja sepenuh masa, seperti orang lain juga.
Ditebak soalan mengenai 'Rakyat United', Alya terdiam seketika.
"Ada orang mengatakan pasukan bola 'Rakyat United' tu kepunyaan Alya. Ramai yang bertanyakannya. Jadi Alya nak jelaskan di sini, pasukan bola tersebut dibeli oleh syarikat kepunyaan teman lelaki Alya, Ridhwan Rosli.
"Ianya bukan kepunyaan Alya, tetapi kepunyaan syarikat kepunyaan Ridhwan. Itu yang Alya nak jelaskan di sini supaya tidak ada lagi spekulasi mengenainya," jelas Alya mengahiri bicara.
Badrul Hashim
Thu Nov 12 2020
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!