Pelakon Shaheizey Sam menerima kecaman daripada netizen selepas dilihat menggantung 'pod' atau rokok elektronik di leher ketika muncul dalam sebuah penganjuran majlis anugerah yang disiarkan secara langsung malam tadi.
Sam yang ketika itu menjadi hos penyampai mengenakan persalinan baju Melayu lengkap bersongkok dilihat menggantung alat berkenaan sebagai 'aksesori' .
Lebih mencuri tumpuan, bukan satu, malah terdapat empat unit pelbagai warna yang jelas kelihatan didakwa seolah-olah cuba mempromosikan produk berkenaan secara tidak langsung.
Menerusi laman Twitter, tindakannya itu dikritik kerana disifatkan sebagai tidak profesional.
"Saya betul-betul terkejut bagaimana Shaheizy Sam boleh dibenarkan bercakap di atas pentas dengan pod nya itu. Ini sebuah acara besae, kamu memakai baju Melayu, songkok dan tiba-tiba ada pod?
"Anda sepatutnya lebih bijak bagaimana nak promosikan produt dengan cara yang profesional," tulis pemilik akaun @lowkey_noob.
Hantaran itu kemudian menerima lebih 6,000 ulang kicau dan lebih 7,000 tanda suka dalam kalangan netizen.
Bahkan, di ruangan komen, rata-rata mendakwa hal tersebut tidak patut terjadi berikutan membawa mesej yang tidak baik kepada penonton apabila cuba mempromosikan rokok elektronik di kaca televisyen.
Bahkan, tindakannya itu turut menerima kecaman di laman Facebook, Publich Health Malaysia.
"Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca televisyen.
"Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di televisyen," tulisnya dalam satu hantaran yang kemudian dikongsikan lebih 1,900 pengguna lain.
Sehingga artikel ini ditulis, Gempak masih lagi berusaha mendapatkan komen lanjut daripada Sam sendiri, namun, kiriman WhatsApp yang dihantar kepadanya belum berjawab.
Sungguhpun begitu, menurut laporan Kosmo!, Sam menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah satu perbuatan yang tidak disengajakan.
“Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis,” katanya ringkas.
Namun ada yang beranggapan tindakan Sam sebagai sebuah strategi pemasaran memandangkan dirinya mempunyai bisnis menjual pod.
ZULHILMI JALIL
Sat Nov 14 2020
Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.
Nigel Payung Barang Boek! Menangis Isha dapat…. | Motif Trending
Fuyooo bestnya! Mintak barang terus dapat eh. Jeles lah macam ni! Korang kat sini siapa beli produk Capcity ni??
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.