gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Slam Dan Exists, Bila Dua Legenda Berpadu, Kenangan & Emosi Peminat Bersatu
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Enggan Terlalu Yakin, Hariz Fayahet Anggap Semua Peserta Punya Peluang Sama
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: 10 Suara, Siapa Akan Ke Final? Jom Semak Senarai Lagu Minggu Separuh Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Tak Nak Susahkan Mama…” - Cik B Mahu Cepat Sembuh, Ikhtiar Jumpa Bomoh Tulang

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
02/08/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Tak Nak Susahkan Mama…” - Cik B Mahu Cepat Sembuh, Ikhtiar Jumpa Bomoh Tulang

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut kiri.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkongsi sedang mencuba kaedah perubatan tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
“Mama bawa saya ke Batu Gajah untuk berjumpa dengan Bomoh Tulang, cuba ikhtiar cara kampung.
“Tak salah kalau nak usaha, perubatan moden kita buat tradisional pun kita cuba,” katanya.
Dalam pada itu, Cik B juga mahu segera sembuh kerana tidak mahu menyusahkan ramai orang dan kembali bekerja seperti sedia kala.
“Saya nak sembuh cepat, banyak urusan tergendala sebab saya jatuh. Saya tak mahu susahkan orang sekeliling tolak saya ke sana sini, tak mahu susahkan mama dan kacak,” ujarnya.

Cik B difahamkan cuba mendapatkan rawatan di Batu Gajah daripada seorang ‘bomoh tulang’ sebagai alternatif kepada rawatan moden yang turut dijalani sebelum ini.

Ruangan komen di media sosial turut dihujani dengan doa dan kata-kata semangat daripada para netizen yang berharap agar Cik B kembali sihat dan pulih seperti sedia kala.
Sekadar info, Cik B mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki kiri selepas melakukan aktiviti ketika program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Cik B
#Bomoh Tulang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement