Sejak semalam, warganet masih tidak berhenti mencari usahawan kosmetik bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditahan polis kerana membawa dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM5 juta.

Bagaimanapun, fakta kes melibatkan usahawan kosmetik terbabit telah menjadi tular dan warganet mula mendedahkan identiti suspek di media sosial.

Bukan itu sahaja, ‘jabatan netizen’ yang sememangnya teruja sejak kes tersebut disiarkan media semalan, mula ‘menyerang’ laman sosial suspek berusia 31 tahun tersebut.

Menerusi pemerhatian Gempak, ‘Datuk Seri’ berambut perang yang didakwa netizen sebagai suspek itu sebelum ini pernah bekerjasama dengan seorang penyanyi popular melibatkan produk kecantikan dan minuman.



Netizen ‘yakin’ usahawan muda itu terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah apabila melihat nama penuh suspek di dalam fakta kes yang tersebar sejak malam tadi.

Apapun sehingga kini Instagram (IG) 'Datuk Seri' berambut perang yang memiliki 2,801 pengikut itu masih aktif, tetapi isterinya dikatakan telah memadam akaun laman sosial terbabit.

Terdahulu, nama usahawan kosmetik popular, Safiey Ilias dan Datuk Alha Alfa turut dikaitkan netizen sebagai suspek yang ditahan.

Dua usahawan tersebut bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai tuduhan tidak berasas.

[[BACA: “Apa Salah Syinta” - Safiey Ilias & Datuk Alha Alfa Nafi Mereka Usahawan Kosmetik Ditahan Seludup Methamphetamine RM5Juta!]]

Semalam media melaporkan telah menahan seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah jenis methamphetamine.

Usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri itu ditahan bersama adik lelakinya, seorang tentera berpangkat biasa berusia 25 tahun.

Ketika serbuan suspek dua beradik itu menaiki Ford Mustang dan polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.

Polis turut merampas Ford Mustang yang dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November depan bersama tiga lagi suspek membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berumur lingkungan 32 hingga 43 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

[[BACA: Siapa Usahawan Kosmetik Bergelar Datuk Seri Ditahan Seludup Methamphetamine Bernilai RM5Juta?]]