Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana menolak untuk berlakon dalam drama 13 episod berjudul ‘Aku Seorang Perempuan’ yang diinspirasikan daripada kisah sebenar kehidupannya.

Sebaliknya watak ‘Siti Nordiana’ akan dilakonkan oleh pelakon Atikah Suhaime kerana bagi penyanyi Hati Milikmu itu tidak semestinya dia perlu membawa watak diri sendiri.

“Orang cakap kalau bawak watak sendiri tu lebih feel tetapi bagi saya biarlah pelakon yang lebih bagus membawakan watak saya supaya penyampaian dan penghayatan lebih berkesan.

“Saya risau kalau feel tak sampai nanti, orang mengata pula. Memang ia kisah tentang diri saya tetapi tak semestinya saya akan lakokan watak diri sendiri.

“Lagipun semua orang tahu Atikah Suhaime seorang pelakon yang sangat berbakat dan dia pula rajin bertanya kepada saya jika ada yang dia nak tahu tentang sesuatu berkaitan dengan diri saya,” katanya.

Tambah penyanyi yang selesa dipanggil Nana ini lagi, ‘Aku Seorang Perempuan’ memaparkan hampir 70 peratus kisah sebenar mengenai dirinya.

Kata Nana lagi, dia cukup terbuka untuk berkongsi kisah hidupnya dan menolak dakwaan drama tersebut bakal mengaibkan dirinya.

“Hampir 70 peratus kisah hidup saya dalam drama ini. Ada bahagian yang saya rasa terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

"Saya terbuka dan tak rasa pun sedang membuka aib sendiri. Mungkin selepas menonton drama ini nanti akan ada yang turut berasakan apa yang saya lalui.

“Ia bukan bertujuan untuk memalukan saya atau mana-mana pihak, tapi mahu memberikan inspirasi kepada orang lain," katanya.

Drama adaptasi dari Biografi Novel ‘Bukan Perempuan Biasa’, tulisan Tengku Khalidah Tengku Bidin ini bakal diterbitkan Brother Hood Studio.

Sementara Hashim Rejab sebagai pengarah, Farhana Fauri penulis skrip dan Noozwan Abdul selalu penerbit serta Zamin Fakry penerbit ISK.

Dijangka bersiaran pada Mac 2021, drama berdurasi 60 minit ini juga merupakan salah satu program ISK.TV, Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Finas.

Ini senarai pelakon Aku Seorang Perempuan: