Kemelut antara pengacara terkenal Awal Ashaari dengan syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry makin berlanjutan apabila sudah dibawa ke mahkamah.

Awal berdepan dengan saman apabila syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

BACA: Didakwa Memfitnah, Awal Ashaari Disaman RM3 Juta

Walaubagaimanapun, Awal menyatakan dia tidak menerima sebarang dokumen mahkamah sehingga semalam (17 November).

"Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang dokumen mahkamah untuk mengesahkan berita ini.

"Tetapi saya telah mengarahkan peguam saya, Azlan bin Abdul Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates untuk menerima sebarang dokumen tersebut bagi pihak saya," katanya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.



Menerusi posting yang berbeza, Awal berkongsi sebuah rakaman perbualan seorang pelanggan bersama syarikat itu.

Suami kepada aktres Scha Alyahya ini turut berkongsi 'screenshot' WhatsApp bersama pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa.

"Kongsi sikit perbualan saya dengan @azrianna isteri kepada boss @nazcarpentry.

"Sama tak display picture dia? Jadi semua beritahu saya. Saya fitnah dia ke? Atau memang tu modus operandi syarikat ni?

"Konon kata saya fitnah dan malukan dia. Ni bukan fitnah ya. Ini untuk memberi pengajaran kepada awak. Jangan ambil kesempatan di atas kesempitan orang," tulisnya lagi.



Terdahulu, beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mengeluarkan kenyataan mendakwa pengacara itu berniat jahat merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

Disebabkan itu, Awal tampil mempertahankan diri dengan menyatakan dia mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik.

BACA: Didakwa Fitnah Syarikat Perabot, Awal Ashaari Tampil Pertahankan Diri - "Aku Cabar Kau Untuk Datang Jumpa Aku ..."

BACA: "Aku Takkan Teragak-Agak Untuk Siarkan Wajah Korang Berdua .." - Awal Ashaari Beri Amaran Akhir Kepada Syarikat Perabot